CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Leona minta doakan dapat suami baik, Azhar Sulaiman tak nak menantu doktor dan arkitek

24-3-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1367| Komen: 3|Original author: Raline

le.PNG


Mengharapkan berkat 10 malam terakhir Ramadan, pempengaruh media sosial sensasi, Leona meminta bapanya juga pelakon, Azhar Sulaiman mendoakan jodoh terbaik buat dirinya.

Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar berkata, dia meminta perkara tersebut kerana didorong rasa percaya bahawa doa daripada ibu bapa antara paling hebat di dunia ini.

“Sempena 10 malam terakhir Ramadan ini, ‘daddy’ (panggilan untuk Azhar), tolong doakan saya bertemu dengan jodoh yang sempurna.

“Doa ibu bapa adalah paling berkuasa dan saya harap perkara tersebut menjadi kenyataan,” katanya dalam perbualan WhatsApp dengan Azhar.



Sementara Azhar pula pastinya akan mendoakan terbaik buat anak bongsunya itu namun tetap memiliki syarat tertentu.

“Daddy doakan awak akan jumpa jodoh yang terbaik di dunia dan akhirat.

“Jangan doktor atau arkitek. Akauntan okey!.

“Paling terbaik ialah kalau jodoh duduk Pencala, Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar, Damansara, Subang, Taman Melawati, Taman Megah dan Kelana Jaya,” ujarnya.



Sementara netizen dalam ruangan komen pula terhibur dengan perkara tersebut namun berpendapat kriteria yang ditolak Azhar itu akan muncul kelak.

“Selalunya yang kita tak mahu akan muncul. Selamat berjaya Leona!

“Semoga Leona jumpa jodoh yang baik!

“Harap doa daddy termakbul, tapi kenapa tak mahu doktor dan arkitek?” komen netizen.



Sebelum ini, Leona, 22, pernah menyuarakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga pada 2025 biarpun belum mempunyai kekasih.

Azhar mengizinkan sekiranya Leona mahu berkahwin awal bagaimanapun meletakkan beberapa syarat kepada mana-mana individu yang bakal menjadi menantunya seperti bukan perokok.



Sumber:Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 22-3-2025 01:50 PM
haha. doktor ini.. banyk doktor jenis ingat dorang je betul. ko melawan pun dia salah, ttp nk tunjk dorang btol. dh bnyk jumpa doktor gini..
Quote Kitty_catz 24-3-2025 08:44 AM
“Paling terbaik ialah kalau jodoh duduk Pencala, Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar, Damansara, Subang, Taman Melawati, Taman Megah dan Kelana Jaya,”


salu yg kita nak tu most of the time tak dapat tau behaaa

ni mcm bau2nak  dapat hat rawe, gombok, shah ale, sube, kaje, ampe, ulu kele
Quote nisako 24-3-2025 11:50 AM
leona leona....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.101491 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top