|
Kisah kesempitan hidup seorang murid dan keluarganya mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pegawai JPN Kelantan hari ini hadir ke Sekolah Kebangsaan Demit bagi mengemas kini maklumat Nik Nurul Kamelia Atikah Nik Mohd Iruan, 11, dan adiknya yang belajar di situ. Menurut Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kelantan, Rosnah Ibrahim, Nik Nurul akan menerima Biasiswa Tengku Anis berjumlah RM80 sebulan sebagai bantuan sepanjang tempoh pengajiannya. "Guru besar memaklumkan Nik Nurul tersenarai dalam murid yang layak mendapat bantuan. Dia bersama adiknya Nik Mohd Nizam yang belajar di Tahun Empat, mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)."
Akhbar hari ini melaporkan kisah Nik Nurul yang menulis karangan mengenai kedaifan keluarga yang terpaksa makan ubi kayu kerana kesempitan hidup. sumber berita : http://www.bharian.com.my/ |
|
31
![]() Bagus |
24
![]() Marah |
25
![]() Terkejut |
13
![]() Sedih |
24
![]() Lawak |
19
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044147 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.