|
KEHILANGAN wanita yang bergelar ibu memberi kesan buat anak kepada usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura. Dedah Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anaknya sering dijadikan bahan usikan rakan-rakan di sekolah selepas kematian isteri iaitu Allahyarham Akiko Okumura. Bimbang ia akan menjejaskan kesihatan mental, Ridzuan mengambil keputusan untuk menukarkan Sky ke sekolah yang lain. "Saya tukarkan sekolah Sky sebab nampak dia tak selesa kena ejek dengan rakan-rakan di tempat lama. "Jadi saya faham apa yang Sky rasa, tambah pula risau jika dia alami depresi. "Budak-budak itu mengata sampai buatkan Sky terasa, mereka kata Sky ada satu sahaja keluarga tapi mereka ada dua," ceritanya.
Ridzuan berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada pagi Selasa. Dalam masa sama, dia juga memaklumkan mereka berdua pernah mendapatkan khidmat nasihat psikiatri. Namun disebabkan beberapa kekangan termasuk kos, sesi berkenaan tidak dapat dilakukan selalu. "Saya kasihan tengok Sky, kadang-kadang nampak dia duduk seorang diri dan menangis.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056172 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.