CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

10 Fenomena Cuaca Sekitar Januari Di Seluruh Dunia!

18-1-2016 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5812| Komen: 8

Oleh Izzah Abbasy

Perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun ini boleh merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim, keberangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Dengan kata lain ia termasuk dengan pelbagai perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu, pemendakan, kelembapan, angin dan musim.

Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.

Perubahan iklim membawa kesan yang serius kepada dunia. Contohnya, saintis dari IPCC meramalkan pemanasan laut dan pencairan glasier kerana pemanasan global dan perubahan iklim boleh meningkatkan aras laut kepada 7-23 inci menjelang tahun 2100.

Di seluruh dunia, masyarakat yang menghuni persisiran pantai dan infrastruktur yang menyokong mereka (seperti bangunan dan rumah, jalan, pelabuhan dan loji rawatan air) boleh terjejas. Mereka mungkin menghadapi banjir atau ribut kuat yang merosakkan. Di kawasan mendatar, pantai mungkin beralih beberapa batu ke kawasan dalaman.

Kesan lain adalah seperti banjir, bersalji, kemarau yang boleh menjadi lebih kerap dan teruk. Perubahan suhu juga memberi kesan kepada kelembapan tanah yang boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia dalam aspek pengangkutan, makanan, penggunaan tenaga dan lain-lain.

10 fenomena cuaca sekitar Januari ini telah dirakam oleh AFP mengikut negara yang terpilih. - CARI Infonet

Seorang lelaki menggunakan payung ketika hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, selepas terik musim panas pada 15 Januari 2016

Seorang nelayan Kashmir menebar jala daripada botnya di Tasik Dal ketika kabus di Srinagar pada 13 Januari 2016

Seorang penunggang basikal Belarus bersiar-siar di sebuah taman diselaputi salji di Minsk pada 16 Januari 2016

Seorang peniaga India memegang belon di tengah jalan pada hari berkabus di Amritsar pada 14 Januari 2016

Sebuah kereta meredah salji di sebuah jalan kecil di Helecine pada 15 Januari 2016, setelah salji buat kali pertama melanda Belgium tahun ini

Pemandu Pakistan duduk di depan trak ketika suasana berkabus di tepi jalan di Lahore pada 15 Januari 2016

Bayangan pergunungan Silberhorn ketika hari berkabus pada 16 Januari 2016 di atas resort Wengen, Pergunungan Alps Switzerland

Sekumpulan burung pucung berehat di tebing tasik Raastasjoen yang beku ketika seorang lelaki bermain ski di belakang di Solna, utara Stockholm pada 15 Januari 2016

Beberapa orang sedang melihat air terjun "El Pozo de los Humos" dari lokasi pemerhatian dekat Masueco, di wilayah Salamanca, pada 13 Januari 2016

Ombak memecah pantai pada 11 Januari 2015 di Nice, tenggara France, selepas angin kuat melanda pantai Perancis


Kredit Foto : Astro Awani


5

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khairulazuan 18-1-2016 01:44 PM
wow





Quote jelitaqasyah 18-1-2016 02:32 PM
SubhanAllah. MashaAllah
Quote donut_1752 18-1-2016 04:01 PM
Malaysia pulakk..cam ne?
Quote Artemesiaa 18-1-2016 10:45 PM
Tokyo pun teruk dilanda salji hari ini banyak jadual perjalanan terpaksa dibatalkan
Quote mrsav 19-1-2016 09:22 AM
Allahuakbar
Quote ladybird_ 19-1-2016 11:48 AM
kalau kat Malaysia, banjir besar n kemarau
Quote faraway1 19-1-2016 09:00 PM
kalau winter tu tak heran sangat,
sebab cuaca masa winter ni susah nak diramal..
Quote Hsn3 19-1-2016 11:12 PM
Punca global warming. Dunia makin berubah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041447 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top