CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribuan Sanggup Berbaris Untuk Hidu Kentut Bunga Bangkai

19-1-2016 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6046| Komen: 14




Oleh : TS LOO



Bunga nadir tersebut merupakan spesies tumbuhan berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia yang ditanam di taman itu sejak 10 tahun lalu, menurut laporan stesen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) baru-baru ini.

Nama saintifik Amorphophallus titanium atau lebih dikenal dengan sebutan bunga bangkai, pokok gergasi ini mulai dipamerkan kepada awam sejak 28 Disember lalu di ruang kaca milik Taman Botani Mount Lofty.

Ekoran keterujaan tinggi masyarakat yang sangat luar biasa untuk melihat bunga bangkai ini, pihak pengelola taman terpaksa melanjutkan waktu operasi harian mereka selama dua jam iaitu sehingga pukul 6 petang.


Pada Selasa lalu, bilangan pengunjung mencecah lebih 4,000 orang, kata salah seorang pegawai taman, Matt Coulter dan menjelaskan, tumbuhan itu telah ditanam dari bentuk pucuk tunas bunga sejak sedekad lalu.

Menurut beliau, bunga bangkai yang memiliki diameter sekitar satu meter dan tinggi dua meter ini mampu mengeluarkan bau tengik seperti jasad binatang mati cukup meloyakan tekak jika dihidu secara langsung.

Ujar Coulter, bunga berkenaan telah mula tumbuh mekar sejak satu bulan lalu dan pesat membesar dengan sangat cepat, iaitu secara purata setiap harinya boleh mencapai paras ketinggian 18 sentimeter.

Di alam liar, debunga daripada tumbuhan bangkai ini lazimnya disebarkan oleh kumbang, yang akan membawa terbang serbuk bunga tersebut dari bunga lain yang jauhnya boleh mencapai jarak 4 kilometer.


Para pengunjung yang datang ke Taman Botani Mount Lofty dilihat wakil ABC langsung berjalan menuju ke rumah kaca untuk melihat sendiri bunga bangkai tersebut sambil menikmati keharuman bau busuk kentutnya.- CARI Infonet



sumber berita : abc.net.au/
2

Bagus

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kelisabirupapa 19-1-2016 10:17 AM
Rare.... Sungguh rare.
Quote abe_pi 19-1-2016 10:42 AM
Keharuman kentut? Atau kebusukan kentut? Hahaha
Quote mattzzx 19-1-2016 10:50 AM
pelik lah manusia ni.....
Quote blackwidowbae 19-1-2016 11:36 AM
Macam bunga zaman jurassic

#makciknaktanamsatukatrumahvoleh?
Quote Artemesiaa 19-1-2016 12:52 PM
Unik dan jarang dapat jumpa mana tak ramai datang berkuntum walaupun baunya kurang menyenagkan.
Quote MissQaseh 19-1-2016 12:58 PM
dulu.. dekat belakang rumah nenek ak de 1, tp kecik je... xtau cmne blh tumbuh. nenek bising, sebab de bau bangkai, ak tgk kt pokok tu penuh lalat dok hurung.. g dekat bau, muntah hijau. busuk sangat.. terus nenek ak cantas buang...
Quote mizkajura 19-1-2016 02:20 PM
bau busuk pun sangup nak cium
Quote khairulazuan 19-1-2016 02:48 PM
alahai



Quote kumen2 19-1-2016 03:53 PM
xde faedah..
Quote Jajabeans 19-1-2016 05:15 PM
MissQaseh replied at 19-1-2016 12:58 PM
dulu.. dekat belakang rumah nenek ak de 1, tp kecik je... xtau cmne blh tumbuh. nenek bising, sebab  ...

rugi nya cantas. pokok hampir pupus ni. one of a kind
Quote hanamunir 19-1-2016 05:45 PM
kata rare,
haru lah peminat berbondong2 mau cium..
Quote redwed 20-1-2016 05:08 AM
10 tahun tu jaga...
Quote Emperor95 20-1-2016 09:29 AM
info baru ni.
Quote MissQaseh 20-1-2016 12:52 PM
Jajabeans replied at 19-1-2016 05:15 PM
rugi nya cantas. pokok hampir pupus ni. one of a kind

x tahan bau dia uolss.. siap lalat hurung, bertelur lg

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.278446 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top