CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tafsiran Mempertahankan Diri Yang Tidak Masuk Akal?

19-1-2016 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5201| Komen: 11




Oleh : TS LOO


Baru-baru ini, seorang lelaki Melayu didakwa bersalah atas tuduhan membunuh di Terengganu akibat menikam mati seorang penyamun yang pecah masuk ke rumahnya. 


Berita tersebut bukan sahaja menggemparkan seluruh negara malah menimbulkan pertikaian dalam masyarakat berhubung erti sebenar 'mempertahankan diri' atau pun 'membunuh'.

Sementara itu, Datuk Haaziq Pillay, seorang peguam bertauliah yang sering dijemput ke rancangan bual bicara iaitu Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 untuk mengulas topik mengenai isu-isu yang menyentuh hal-hal perundangan. 

Sebelum ini, dalam rancangan yang sama, beliau telah membuat satu kenyataan berhubung "Apa yang dimaksudkan sebagai mempertahankan diri", sehingga menimbulkan pertelagahan antara netizen di media sosial. 

Rata-rata netizen menganggap kalau kenyataan yang tak masuk akal itu memang termaktub dalam perundangan kita, makna Malaysia betul-betul tidak selamat.






Apakah yang dimaksudkan kenyataan yang tidak masuk akal itu?


Menurut Datuk Haaziq : " Kalau penyamun atau penjenayah bawa pisau kecil dan pecah masuk ke rumah anda menyamun, sekiranya anda memiliki pistol, maka ianya tidak dianggap sebagai mempertahankan diri kerana senjata anda lebih besar dan hebat daripada penyamun.

Pisau kecil milik penyamun itu mustahil boleh membunuh awak, tapi awak guna pistol tu tembak pasti akan ambil nyawa penyamun itu, yang ini bukan dipanggil bertindak untuk mempertahankan diri, boleh didakwa atas kesalahan membunuh."



Berdasarkan kenyataan Haaziq, menarik perhatian seorang lagi peguam yang terkenal dan juga merupakan pengulas isu semasa iaitu Azhar Harun. 

Susulan itu, Azhar telah menyenaraikan beberapa panduan apabila orang ramai berdepan penjenayah dalam Facebook peribadinya. 


1. Guna pisau yang sama saiz atau lebih kecil daripada penjenayah
2. Bergelut dengan penjenayah dilarang menggunakan tenaga yang terlalu kuat daripada penjenayah.
3. Kalau awak lebih kuat dan bersaiz badan lebih besar daripada penjenayah, awak tidak boleh mempertahankan diri.
4. Kalau penjenayah terlepas lari, anda tidak boleh lari lebih laju daripada penjenayah ketika mengejarnya.
5. Semasa mengejar penjenayah, tidak boleh menggunakan sebarang alat pengangkutan yang lebih besar, laju dan kuat daripadanya.
6. Situasi yang paling bagus adalah jemput penjenayah duduk bersama minum kopi atau teh, makan Croisanct, butter dan jam adalah amat dialu-alukan.



Status yang dimuat naik oleh Azhar itu sekejap sahaja menarik perhatian di kalangan netizen yang lain, malah ada yang mengingatkan jika penjenayah tu seorang muslim, jangan lupa menyediakan makanan yang halal.

Kemudian, Azhar turut memuat naik panduan menentang keganasan netizen di laman sosial. 



Menurutnya biarpun di kalangan masyarakat rata-rata merungut mengenai "kenyataan cara mempertahankan diri", tetapi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula pada ketika ini mengatakan pihak polis sedang menumpukan tenaga untuk melakukan pemantauan yang lebih ketat ke atas media sosial dalam usaha memerangi para netizen yang menyalahgunakan media sosial. 


Sehubungan itu, Azhar pun menyelar tindakan Tan Sri Khalid " Penjenayah Media Sosial dilihat seolah-olah lebih penting daripada kes kaum wanita diragut, ini berkemungkinan segelintir orang lebih berminat mengangkat diri sendiri. 


Panduan menentang kaganasan netizen di laman media sosial:

1. Membalas serangan netizen lain, anda tidak boleh guna perkataan yang lebih banyak daripada mereka. 
2. Kenyataan yang digunakan tidak boleh melampau daripada mereka yang menyerang di media sosial, pastikan penggunaan bahasa mampu difahami nya.
3. Harus menunjukkan diri anda tidak sebijak daripada netizen yang menyerang.
4. Kena menjaga maruah mereka yang menyerang, jangan mengeluarkan sebarang bahasa yang meghina.
5. Biarpun anda diserang dengan bahasa yang kurang sopan, anda perlu membalas dengan penuh sopan.




Status tersebut serta-merta menimbulkan perhatian di kalangan netizen, ada pihak memberi komen bahawa sepatutnya mengajak pihak polis mengadakan kempen kesedaran untuk menperjelaskan semua panduan tersebut.- CARI Infonet
10

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 19-1-2016 12:06 PM
sengal....cer pi rompak rumah KPN n peguam tu tgk apa dia buat klu tak di tembak tembus kepala...

klu kata penjenayah bawak pisau kecik tak di cegah buat nya di rogol bini ngan anak perempuan mcm mana...?
takkan nak rogol penjenayah semula...klu tak di tembak sampai mampos...

Quote chinta89 19-1-2016 12:11 PM
AKU HARAP PERKARA2 NI KENA KAT DATUK KE, TAN SRI KE, POLIS YG BERPANGKAT KE.. KITE TGK DEPA TERLAWAN PENJAHAT TU THEN PENJAHAT MATI, APE DEPA CKP? NK PERTAHAN PENCURI TU ATAU BG ALASAN PERTAHAN DIRI?
Quote sabar_sabariah 19-1-2016 12:13 PM
yg aku pernah dengar, kalo perampok masuk umah kite, nak belasah ke apa biar masa dia kat dalam area umah kita. kalo dia dah lari keluar, kita tak boleh nak belasah dia dah. dakwaan boleh dijatuhkan ke atas kita. tp nampaknya skang dah jadi lain yep.

aku pun berpendapat sama cam @seri_mawr tu, biar rumah KPN tu plak masuk orang jahat, buat onar kat family dia, tengok camne dia protect family dia.
Quote seri_mawr 19-1-2016 12:17 PM
sabar_sabariah replied at 19-1-2016 12:13 PM
yg aku pernah dengar, kalo perampok masuk umah kite, nak belasah ke apa biar masa dia kat dalam area ...

aku geram baca statement gitu....

statement lebih kepada mempertahan penjenayah dari mangsa...

apa punya undang2 la bongok sgt....
tu yg doa suh umah dia lak kena rompak...untung2 biar perompak tu tikam dia pulak dgn pisau yg di bawa tu...
Quote Emperor95 19-1-2016 12:20 PM
sindiran tajam.
Quote alieyrina 19-1-2016 12:29 PM
Ya aku setuju org yg duk buat rules mcm ni kena dulu..cash..baru kita buat panduan utk petahan diri...
Quote uniq61 19-1-2016 01:16 PM
INI NAMANYA MEMPERTAHANKAN DIRI CARA ISRAEL..
Quote mdhelmi 19-1-2016 02:56 PM
kesimpulannya guna je kayu
biar patah riuk penyamun tu sampai lunyai asalkan jgn bunuh
Quote nicuya 19-1-2016 03:57 PM
perompak > tertangkap atau terlepas

mangsa > bunuh atau dibunuh

kl kne pada aku n dorg adalah perompak bersenjata, aku mmg pikir samada bunuh atau dibunuh....
Quote mie07 20-1-2016 11:16 AM
makin ramai penyamun sekarang.....kerja x
Quote bijigetah 20-1-2016 02:24 PM
Keyataan dari Ulamak kita DR Zaharuddin

http://www.ismaweb.net/2015/12/pandangan-awal-kes-zulkifli-bunuh-perompak-zaharudin-muhammad/

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.093496 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top