CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Rayani Air Lebih Bagus Daripada MAS?

21-1-2016 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10292| Komen: 25



Oleh : TS LOO


Sebelum ini, biarpun Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan agama Islam, lapor Free Malaysia Today.



Namun baru-baru ini netizen Azli lxxxx memuat naik catatan dalam facebooknya bukan sahaja memberi pujian terhadap perkhidmatan Rayani Air yang mesra penumpang malah dikatakan lebih baik daripada MAS.


Azli menyatakan : " Kali pertama menaiki penerbangan Rayani Air, pepatah Melayu berkata 'Indah khabar dari rupa'  tapi ia tidak sesuai untuk Rayani Air. 


Yang sesuai adalah  'Seindah Khabar dan Seindah Rupa' kerana syarikat penerbangan terbabit memang mantap dan hebat daripada semua aspek. 


Azli turut memuji pemakaian pramugari Rayani Air sememangnya beretika dan sopan, anak-anak kapal kabin sentiasa kelihatan bersenyum ketika melayan penumpang. 


Yang paling menyentuh hati buat Azli adalah keprihatinan dan ketelitian para anak kapal kabinnya. 


" Ketika itu, saya yang batuk telah disapa oleh seorang anak kapal kabin dengan sopan sambil memberikan air kosong untuk megurangkan batuk saya." 


"Anak-anak kecil saya juga dihadiahkan cup cake dengan penuh kasih sayang."


Azli turut rasa terharu apabila ketua juruterbang bertindak memimpin semua orang membacakan doa selamat sebelum pesawat berlepas.


Setelah pesawat berlepas, anak-anak kapal kabin akan menghidangkan makanan ringan yang percuma, termasuk satu kotak jus apal, kacang dan kek cawan. 


Layanan sebegini, Azli menyifatkan: " Ini lebih bagus berbanding dengan MAS!"


"Secara ringkas, Rayani Air adalah antara penerbangan yang terbaik dalam negara."


"Tapi sungguh sayang penerbangan yang dinaiki saya kelihatan tidak penuh, mungkin kerana ramai lagi tidak tahu Rayani Air sudah membuka jualan tiket secara online."


"Saya buat tempahan tiket secara online dengan harga RM70 untuk penerbangan dari KL ke Kota Bahru."


Selepas Azli memuat naik status tersebut, setakat ini sudah terdapat lebih 20 ribu orang beri 'like' dan 6500 kongsi status tersebut.


Ramai netizen memberi komen bahawa lain kali akan cuba menaiki Rayani Air. 


Tapi ada juga netizen yang mennyelar, tambang tiket syarikat penerbangan terbabit dikatakan murah kerana penggunaan pesawat yang usang dan lama.


Anda macam mana? Adakah berminat untuk cuba menaiki Rayani Air? - CARI Infonet




13

Bagus
21

Marah
33

Terkejut
14

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajabeans 21-1-2016 03:54 PM
Rasa was2 nak naik Rayani ni tak tau nape
Quote CiliPadiSedap 21-1-2016 03:58 PM
kapal terbang umur 14 tahun kira baru tumbuh jerawat. masih remaja virgin lagi lah.
Quote drivethru 21-1-2016 04:17 PM
Bln mac baru nak cuba naik ke kota kinabalu. Harap2 semua nyer ok.
Quote sabar_sabariah 21-1-2016 04:32 PM
itulah.. rasa nak try naik. bercuti ke mana kita??
Quote Artemesiaa 21-1-2016 05:13 PM
Mana2 airlines baru selalunya begitu layanan terbaik tapi bila dah lama berkhidmat mula le macam2 komen timbul.  Harap2 Rayani Air tak sebegitu.
Quote irwansuhadi 21-1-2016 05:41 PM
Edited by irwansuhadi at 21-1-2016 05:43 PM

oh...boleh fly ke kk
Quote imransulaiman 21-1-2016 07:47 PM
Bulan Mac ni nak terbang bersama Rayani Air
Quote MizzAPI 22-1-2016 09:01 AM
nak try la nnt hihihihi
Quote shahima0909 22-1-2016 09:31 AM
Mcm nk try..tp rasa mcm2 perasaan lak ..
Quote kumen2 22-1-2016 10:25 AM
ingatkan kpl baru rupanya dah 14 tahun......
Quote ffawwaz 22-1-2016 10:43 AM
Artemesiaa replied at 21-1-2016 05:13 PM
Mana2 airlines baru selalunya begitu layanan terbaik tapi bila dah lama berkhidmat mula le macam2 ko ...

hahaha..kan? dulu Malindo macam tu jugak..
mula2 fly siap bagi sandwich, mineral water free bagai..
now crackers je dorang beri..no more free sandwiches ye..
lepas tu launch domestic route, xberapa lama suspend..kuasa la..


tapi aku senyum je bila ada orang tulis
"tempat duduk selesa, warna warni"..aku rasa macam..hello..xnaik kapal tu masa dia terbang dgn MAS dlu ke?
kapal Boeing 737-400 tu la ramai pax hencap striking, sakit mata seats dia, panas on ground..
pelik..bila ala2 terbang ngan airlines baru, seolah2 seats tu baru..walhal yg sama jah..

Quote ira79 22-1-2016 02:55 PM
hmm.. bab harga tiket tu yg tak berkenan rayani nih. haritu survey tiket gi langkawi, mula2 dia tulisler murah kat depan nun.. lepas dah proceed subsequent steps, tambah taxes bagai.. jadik mahei. kebetulan MAS tgh promo.. jadik lagik murah dari AA dan rayani tuh.

for me.. kalau nak publish rege, patutnye all in laa.. xdapatler daku wat rebiu utk rayani.. kembali dgn MH huhu..
Quote ice_sky92 25-1-2016 09:33 PM
ira79 replied at 22-1-2016 02:55 PM
hmm.. bab harga tiket tu yg tak berkenan rayani nih. haritu survey tiket gi langkawi, mula2 dia tuli ...

Orang kata kalau nak booking tiket flight cleared dulu semua history...tapi aku tengok sama je harganya....huhu
Quote ice_sky92 25-1-2016 09:34 PM
ffawwaz replied at 22-1-2016 10:43 AM
hahaha..kan? dulu Malindo macam tu jugak..
mula2 fly siap bagi sandwich, mineral water free bagai ...

Malindo kalau domestic dia bagi air mineral + biskut jam strawberry je....haha
Quote ice_sky92 25-1-2016 09:35 PM
Aku tetap setia dengan MAS. Hihihi
Quote ffawwaz 27-1-2016 02:55 PM
ice_sky92 replied at 25-1-2016 09:34 PM
Malindo kalau domestic dia bagi air mineral + biskut jam strawberry je....haha

Aah..now cracker je..da xde sandwich macam dlu..

btw..hi nabil..
Quote ice_sky92 27-1-2016 10:27 PM
ffawwaz replied at 27-1-2016 02:55 PM
Aah..now cracker je..da xde sandwich macam dlu..

btw..hi nabil..

Ye aku dapat macam ni masa naik dulu...


p/s Apasal semua kenal Nabil ni..kenal Nabil selepas video dia viral ka?






Quote cmf_conan 28-1-2016 12:49 PM
ira79 replied at 22-1-2016 02:55 PM
hmm.. bab harga tiket tu yg tak berkenan rayani nih. haritu survey tiket gi langkawi, mula2 dia tuli ...

adik oiii.. harga yg selalu tunjuk online tu harga kerusi je..
kalo utk air asia tak masuk harga luggage/makan/tax segala tu...
kalo mas plak, harga tak masuk tax, surcharge segala lagi..
airline lain taktau la mcm mana..
yg pasti harga yg ditunjuk tak termasuk airport tax, surcharge segala melainkan dia sebut dlm promo tu..
jgn ingat die kata harga serendah rm10, ko bagi rm10 je dah dpt naik kapal terbang..

Quote ira79 29-1-2016 02:12 PM
Edited by ira79 at 29-1-2016 02:17 PM
cmf_conan replied at 28-1-2016 12:49 PM
adik oiii.. harga yg selalu tunjuk online tu harga kerusi je..
kalo utk air asia tak masuk harga ...

uik mod.. jgnler bising pulak.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039248 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top