CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nestlé pecat CEO Laurent Freixe kerana ada hubungan sulit dengan pegawai bawahan

2-9-2025 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2873| Komen: 9

 


GENEVA: Syarikat makanan Switzerland, Nestlé pada Isnin mengumumkan pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Laurent Freixe berkuat kuasa serta-merta selepas siasatan mendapati beliau menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai bawahan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lembaga pengarah menilai tindakan Freixe sebagai satu pelanggaran kod etika dan garis panduan dalaman Nestlé, menurut kenyataan syarikat itu.

"Keputusan ini perlu diambil," kata Pengerusi Nestlé, Paul Bulcke sambil merakamkan penghargaan kepada Freixe yang telah berkhidmat hampir 40 tahun bersama syarikat itu.

Lembaga pengarah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Nespresso, Philipp Navratil sebagai pengganti Freixe.

Syarikat menegaskan hala tuju strategiknya kekal tidak berubah, namun berhasrat mempercepatkan pertumbuhan dan kecekapan.

Navratil yang menyertai Nestlé sejak 24 tahun lalu memulakan kerjayanya dalam bahagian audit dalaman pada 2001.


Setahun lalu, beliau dilantik sebagai CEO Nespresso dan sejak Januari tahun ini, turut menjadi anggota lembaga eksekutif.

Freixe hanya mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé pada September 2024, menggantikan pengurus dari Jerman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Fresenius, Mark Schneider.


Sumber:– BH
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 3-9-2025 08:11 AM
kt sini x de pulak cm tu
Quote plywood 3-9-2025 01:26 PM
40 tahun jasa atau 40 tahun experience pun syarikat tak pandang bila ada salah laku pulir...  you scandal you go
Quote ulamalu 3-9-2025 01:46 PM
Ingatkan belah2 sana x kisah kes moral mcm ni, janji perform dlm kerja dah cukup.  Rupanya sampai kena sack.
Quote Weller 3-9-2025 01:53 PM
sejak me too movement  makin strict kot....huhuhu
Quote becir 3-9-2025 02:09 PM
well dia ceo, jalin hubungan ngan subordinate..meaning conflict of interest. mmg salah besar woo
Quote supernaturalee 3-9-2025 03:10 PM
becir replied at 3-9-2025 02:09 PM
well dia ceo, jalin hubungan ngan subordinate..meaning conflict of interest. mmg salah besar woo

kt msia ramai je

tu pasal company melingkup


Quote chiyoasuka 22-9-2025 01:29 PM
Trus kena pecat yer
Quote sharlenetexas 22-9-2025 09:51 PM
Asalkan buka coldplayed.


Quote areyam 23-9-2025 08:45 AM
3 perkara menjatuhkan seseorang

rasuah
tidak tepati masa
cinggey

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050940 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top