|
Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpendapat undang-undang khalwat bersifat kabur dan pelaksanaannya cenderung menekan golongan miskin. Katanya pada Malaysia Gazette, serbuan lazim dilakukan di hotel murah atau tempat awam, manakala golongan kaya jarang didakwa kerana mampu menyewa apartmen mewah atau mengatur cara lebih sulit. Jelasnya, "Kes khalwat jadi ‘jenayah orang miskin’, bukan kerana orang kaya tak buat, tapi mereka tak tertangkap." Zaid turut merujuk kes pasangan di Kuantan dipenjara kerana gagal bayar jaminan RM1,500, jumlah yang terlalu berat bagi golongan bawahan. Justeru beliau menggesa supaya khalwat dinyahjenayahkan, kerana ia isu moral peribadi individu dengan Tuhan. Menurutnya, undang-undang sepatutnya fokus kepada kes serius seperti penderaan seksual dan keganasan rumah tangga, manakala akhlak boleh dibentuk melalui pendidikan dan kaunseling, bukan hukuman atau pencerobohan privasi.
Sumber: Malaysia Gazette, Rotikaya |
clueless_gamer replied at 3-9-2025 02:56 AM
geng liberal ni ramai je sebenarnya dah tak percaya agama lagi.. jadi jangan terkejutlah kalau dia s ...
ultra78: Lumrahlah begitu. Yang kena ta ...
tahanie replied at 3-9-2025 01:06 AM
Herkkkk semua kes pun terkait kepercayaan kepada tuhan la gitu. Asal plak khalwat je
Apoo replied at 3-9-2025 03:34 AM
Aku suka baca ulasan Dr MAZA berkenaan dosa peribadi ni.
https://m.malaysiakini.com/news/433773# ...
aint replied at 3-9-2025 06:35 AM
iols setuju asas topic yg zaid ni cakap... iaitu, iaitu, khalwat ni jd jenayah pd b40, dan golongan t20 dan ke atas tk kena tangkap... cuma iols tk sependapat huraian / penjelasan zaid ttg khalwat ni isu antara manusia dan Tuhan ...
'Itu urusan taubat antara dia dan Allah. Kita tidak disuruh mengintip dan mencari-cari kejadian dosa peribadi seperti itu. Bahkan kita disuruh menyembunyikan dosa maksiat peribadi seseorang.'
Decaffeinated replied at 3-9-2025 12:42 PM
Pendapat Dr. MAZA ni?
aint replied at 3-9-2025 01:32 PM
generally, pd iols pendapat Dr Maza tu, bole ubah Msia jadi Amerika... tk kisah halal haram... bol ...
Decaffeinated replied at 3-9-2025 02:03 PM
Kalau jadi macam Amerika kenapa? societies are functional, even better than most muslim countries ...
aint replied at 3-9-2025 04:50 PM
dh agak dah...
kalo tak suka muslim or muslim country, tak perlu nak kata yg lain lbh bagus...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
26-8-2026 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.