|
Pendakwah bebas Amin Idris melahirkan kebimbangan melihat ramai golongan wanita memilih untuk tidak lagi bertudung atas bermacam alasan sejak kebelakangan ini. Menurut Amin, situasi sebegitu bercanggah dengan fenomena bertudung di Malaysia pernah yang pernah dicetuskan pelakon dan aktivis, Wardina Safiyyah. “Dahulu sejak Wardina (bertudung), kita bangga bila ramai selebriti wanita berhijab. “Sedih akhir-akhir ini makin ramai yang berhijab membuka tudungnya,” katanya dalam satu hantaran Instagram. Tambahnya, istiqamah dalam jiwa seseorang boleh tergugat sekiranya bertudung bukan kerana mentaati perintah Allah SWT.
“Doakan hidayah buat mereka,” katanya lagi. Amin bagaimanapun tidak merujuk perkongsian tersebut kepada mana-mana pihak. Namun sejak kelmarin, media sosial kecoh apabila anak perempuan penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui dia sudah tidak lagi bertudung. Kenyatan Puteri Dahlia, 21, juga seorang penyanyi yang mendakwa keputusannya disokong keluarga dan berasa lebih dekat dengan Allah selepas muncul dengan imej tidak lagi berhijab mengundang kemarahan ramai. Puteri Dahlia yang mengakui berhijab sejak berusia enam tahun menanggalkan tudung kerana enggan lagi dikait atau dilabel sebagai remaja yang sinonim dengan imej muslimah. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
noor2: Apa yg nk dibanggakan jika ses ...
krustykrab replied at 17-9-2025 07:48 PM
Salah korg jugak la sb
- paksa pakai handsox, soxkaki. Tak leh pakai tshirt lengan pendek sb buruk. ...
krustykrab replied at 17-9-2025 07:48 PM
Salah korg jugak la sb
- paksa pakai handsox, soxkaki. Tak leh pakai tshirt lengan pendek sb buruk. ...
cm_vungtau replied at 20-9-2025 08:22 AM
Cemana boleh jadi pendakwah bebas? Ada degree dari Al Azhar ke cemana?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
26-8-2026 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050951 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.