CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tahukah Anda : 18 Maut Nahas Jalan Raya Setiap Hari Di Malaysia

28-1-2016 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12385| Komen: 49


Oleh : Dean BZ


Statistik kemalangan jalanraya di Malaysia masih ditahap membimbangkan. Pelbagai kempen keselamatan dan pemantauan oleh pihak polis dijalankan, namun akibat kecuaian sesetengah pemandu menjadi penyebab utama meningkatnya kemalangan jalan raya. 


Lebih menyedihkan lagi, akibat kecuaian sesetengah individu, orang yang tidak bersalah juga turut menjadi mangsa kemalangan maut.

Memetik dari laporan bharian, seramai 18 orang dilaporkan maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya tahun lalu dan jumlah itu amat menggerunkan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, bilangan kes kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu juga meningkat 2.74 peratus kepada 489,606 kes daripada 476,196 kes pada tahun 2014. 


"Jumlah kemalangan termasuk bilangan 6,706 orang yang terkorban dalam kemalangan maut pada 2015 berbanding 6,674 kes sama pada 2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2016 di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini, hari ini. 


Liow turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kemalangan motosikal di jalan raya apabila sebanyak 4,203 kes dilaporkan antara Januari hingga September tahun lepas, berbanding 4,179 kes untuk tempoh sama pada 2014. 

"Sejak 10 tahun lalu, kategori pengguna tertinggi yang terlibat dalam kematian di jalan raya adalah pengguna motosikal iaitu sebanyak 39,774 kes," katanya. 

Pada pendapat anda, apakah punca utama terjadinya kemalangan? Adakah hukuman untuk pesalah yang melakukan kesalahan jalan raya masih tidak cukup berkesan?

Apapun, semua pihak harus peka dan bekerjasama dalam menurunkan kadar kemalangan. Kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motorsikal, berhati-hatilah dijalan raya. Pandu cermat, jika selamat. Anda mampu mengubahnya. - CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
4

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 28-1-2016 06:42 PM
lama dah tahu... yang beranak setiap hari pula ada kira?
Quote blackwidowbae 28-1-2016 06:43 PM
Makcik baru tahu
Quote GhostWalking 28-1-2016 06:44 PM
Saya tak tahu
Quote cik_noreen 28-1-2016 06:54 PM
pssstttt @shahjusoh nah peluang chuols bukak 18 tred sehari

bagus utk iols kutip tacang jugak. win-win gitu
Quote hotpizza 28-1-2016 09:31 PM
dah lama dah tahu
Quote FOTHER-MUCKER 28-1-2016 11:27 PM
Cuai ataupun sengaja cari penyakit?

Masalah dengan pemandu msia ni...pemandu lain yang mesti menjaga keselamatan pemandu yang berpenyakit ni.  Ramai yang arrogant selfish showingoff. melka tak ada rasamalu bila melakukan kesalahan jalan raya seperti potong q di traffiglight.
Quote ninja boy 28-1-2016 11:36 PM
kadar eksiden malaysia no 2 slps thailand dalam asia
* dikatakan hantu puaka di lpt2 meningkatkan statistik
Quote ipes2 29-1-2016 05:19 AM
Kawan kawan kata bila bercuti ke mesia, nasib baik tak kena langgar..hi hi
Quote Vermicelli 29-1-2016 05:40 AM
ipes2 replied at 29-1-2016 05:19 AM
Kawan kawan kata bila bercuti ke mesia, nasib baik tak kena langgar..hi hi

Your friends cannot be any better of than other road users, can they?

Quote tigas 29-1-2016 05:42 AM
cash sesangat
Quote rospinki 29-1-2016 05:44 AM
Pandu myvi alza axia aku perati je korg..bawak mcm pelesit..kepala hotak korg bejambul..igt jalan tu bpk korg punya ka..::
Quote ipes2 29-1-2016 05:45 AM
Vermicelli replied at 29-1-2016 05:40 AM
Your friends cannot be any better of than other road users, can they?

even my Professor!
''i was in Kola Lempur last week.. i almost got killed 3 times'' he muttered in his posh accent (on the road he meant!) hilarious

Quote Vermicelli 29-1-2016 05:50 AM
ipes2 replied at 29-1-2016 05:45 AM
even my Professor!
''i was in Kola Lempur last week.. i almost got killed 3 times'' he muttered i ...

Lucky him...to get away  unscatched......but when he got almost 10 people hit...did he brag?


Quote Vermicelli 29-1-2016 05:53 AM
rospinki replied at 29-1-2016 05:44 AM
Pandu myvi alza axia aku perati je korg..bawak mcm pelesit..kepala hotak korg bejambul..igt jalan tu ...

Nih mesti tengah tunggu waktu subuh kheeennn? Atau hari nih bendera jepun? Sebab...kepala otak berjambol seme kuar?

Quote Vermicelli 29-1-2016 05:58 AM
rospinki replied at 29-1-2016 05:44 AM
Pandu myvi alza axia aku perati je korg..bawak mcm pelesit..kepala hotak korg bejambul..igt jalan tu ...

Bawak macam pelesit orang lain ko nampak....Tapi bila ko road hog on the extreme right lane.....macam siput babs...replying posting aku ..ber gincu segala.......ada ko endah?


Quote katowjo 29-1-2016 06:15 AM
in the 80 n 90s dulu kalau kita buat benda cam
-langgar lampu isyarat
-potong q
-bawak melulu cara bahaya
-potong garisan kembar style potong traffic light di belah lain jimat masa-moto kereta sama saja la ni
-cermin tinted gelap gelita
-merempit ramai or sorang
-tak guna signal nak change lanes or masuk simpang etc

kalau ada polis tarffic sure dikejar saman on d spot..la ni polis tengok saja..langgar lampu moto polis ada situ pun buat derk aje...ape hal..gaji totap jalan...kupeks kata staff gomen makin ramai makin ummpphhfff
Quote Vermicelli 29-1-2016 06:20 AM
katowjo replied at 29-1-2016 06:15 AM
in the 80 n 90s dulu kalau kita buat benda cam
-langgar lampu isyarat
-potong q

VVIPS  semakin ramai bilangannya...sedangkan pengambilan tenaga kerja say traffik polis, non aggresive........budget constraint...hence you get more traffic police doing escort tasks than monitoring/ maintaining law and order on the public roads and highways....

Sekian.....
Quote Modngengade 29-1-2016 06:59 AM
Dah memang tahu dah so tak payah gigih nak buka tered okeyyy
Quote katowjo 29-1-2016 07:02 AM
Vermicelli replied at 29-1-2016 06:20 AM
VVIPS  semakin ramai bilangannya...sedangkan pengambilan tenaga kerja say traffik polis, non aggre ...

x cukup tu alasan saje..kalau dah langgar lampu cross double line potong q depan mata pun buat derk aje..adakah anggota tu kata..yang langgar lampu tu sorang..aku sorang..nanti aku kena ada backup or "escort" untuk aku baru boleh pergi saman mamat tu..

yeah..mentality village jadi gomen...gaji totap jalan..why bother

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061215 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top