CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Meja Khas Dicipta Untuk Menjamu Selera Tanpa Guna Telefon Bimbit!

1-2-2016 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6108| Komen: 15



Oleh : TS LOO


sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/


" Awak makan bersama saya ke makan bersama telefon bimbit? Boleh tak angkat kepala awak dan bersembang dengan saya?"

Betul tak kenyataan di atas merupakan suara hati anda? Namun demikian sampai akhirnya, kita sendiri pun akan menjadi sebahagian daripada mereka yang dipanggil sebagai "Puak Telefon Bimbit".

Jenama perabot terkemuka dari Sweden iaitu IKEA, dengan niat nak "Puak Telefon Bimbit" tinggalkan telefonnya, angkat kepala mereka bersembang dengan orang yang berada di sekeliling dan makan bersama tanpa telefon bimbit. 

Justeru mereka telah mencipta sejenis meja makan atau dinning desk yang diberi nama "Makan Baik-Baik" supaya kita semua dapat duduk bersama dan makan dengan sebaik mungkin.



sumber foto: google image


26 Januari lalu, Kumpulan Peminat perabot IKEA di Taiwan  telah memuat naikkan satu video yang mengenai "Bagaimana dapat menjamu selera dengan baik" di akaun Facebook rasmi mereka, tindakan itu serta-merta menerima perhatian netizen yang memberi komen: "daya kreativti yang sungguh tinggi", "saya nak beli", "sangat memerlukan meja jenis macam ini"!


Jadi apa fungsi sebenar meja tersebut? 

Rupa-rupanya ini merupakan sebuah meja yang memerlukan telefon bimbit untuk menambah kepanasan "stimbot" yang dihidangkan, malah lagi banyak telefon bimbit, lagi kuat kepanasannya.

Dengan cara sedemikian, bukan sahaja boleh menyebabkan semua orang secara automatik menyerah telefon bimbitnya, malah juga dapat mengakibatkan semua orang lebih memberi tumpuan untuk menjamu selera dan bersembang antara satu sama lain tanpa asyik sibuk main telefon bimbit masing-masing.

Produk ini buat sementara waktu diberi nama sebagai "Meja Makan Baik-baik", IKEA turut menjemput sekumpulan netizen sama-sama mencadangkan nama yang kreatif untuk meja tersebut.



Paparan video menunjukkan pihak IKEA menjemput sekumpulan pengguna datang ke kedai untuk mengadakan "Sesi Menguji Makan", apabila sudah mengambil tempat duduk, kelihatan semua orang sibuk bermain telefon bimbit masing-masing.

Ketika pelayan restorn meminta semua orang keluarkan telefon bimbit, kebanyakan beranggapan ianya saat untuk mengambil gambar, akan tetapi tanpa disangka pelayan suruh mereka letak telefon bimbit di bawah "stimbot" untuk memanaskannya.

Kelihatan semua orang rasa ragu-ragu, namun akhirnya tetap mengikut juga apa yang disuruh. Rata-rata mereka rasa terperanjat, tidak disangka-sangkakan sumber kuasa telefon bimbit boleh digunakan untuk menambah kepanasan "stimbot" berkenaan.

Biarpun kebanyakan orang memuji ciptaan tersebut boleh menyelesaikan masalah mereka yang terlalu ghairah main telefon bimbit, tapi terdapat juga netizen yang menyuarakan kelemahan yang ada pada produk tersebut, iaitu sekiranya seorang diri makan, tiada telefon bimbit untuk digunakan, "stimbot" pula tak cukup panas, situasi sedemikian kesian, kan!- CARI Infonet

6

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 1-2-2016 02:12 PM
ak heran, knpa jd hamba tepon.. mcm la kalau letak tepon tu kjp n sembang btl2 ngn kwn leh mati?
Quote pittjie 1-2-2016 02:19 PM
Edited by pittjie at 1-2-2016 02:21 PM

annoying kan kalau makan2 dgn kawan2 ... yang kita pun jarang jumpa. bila tgh lepak makan2 tu ada2 je yang sibuk dgn hp. mata dan tangan ralittt je kat hp. bila kita tegur .. boleh pulak menjawab "aku dengar la apa korang sembangkan". maksudnya walau pun mata dan tangan dia kat hp .. tapi dia ttp mengikuti perbualan kita org. but yetttt .. still annoyinggggg.

tapi selalunya pulak .. minah yang paling sibuk dgn hp time kita org berjumpa2an tu .. dia la yang selalu paling lambat jwb message dan dia jgk la yang selalu "lost" kalau kita org sembang apa2 dlm WA. double annoying.
Quote khairulazuan 1-2-2016 02:22 PM
zamn teknologi ni makin mnjarakan hbgn suami isteri kawan2 kuarga
Quote mirage_46 1-2-2016 02:26 PM
Haram kan fb insta ngan forum cari..  Setel masalah
Quote boyagombak 1-2-2016 02:56 PM
Sila haramkan penggunaan semakphong dlm.premis makanan.
Silatinggalkan semakphong anda dlm.drawer berkunci kami. Jika ada emergency boleh gunakn talifon bersyiling. Jika tidak,sila berambus makan di tepi longkang,bawah jambatan, atau takeaway makan sorang2 kt rmh. Sila jgn anannoying kastemer2 lain dgn menyemak phong anda.
~ Arahan Manager Boya Nate' Steak Houze
Quote kyleril 1-2-2016 03:01 PM
tumpah pula kuah tu kat toepon satu masalah pulok
Quote budakmanentah 1-2-2016 03:02 PM
plg sedih bila tgk 1 fmly kluar mkn tp mak ayah masing2 sibuk ngadap enpon.anak2 main sendiri
Quote ultra78 1-2-2016 03:20 PM
Aku makan sorang-sorang aje di luar. Jadi handphone jadi peneman. Di rumah pun aku makan sorang-sorang jadi laptop jadi peneman
Quote hanamunir 1-2-2016 05:28 PM
rugi tak menikmati masa berkualiti bersama keluarga dengan kawan2..
Quote nakkomenjugak 1-2-2016 07:13 PM
kalau sorang tu acane?
Quote scents 2-2-2016 09:27 AM
kalu sorang tu steamboat lambt ler skit masak ny he he he tak tau ler teman camne tu kalu sorang ye
Quote antidote 3-2-2016 03:22 PM
ultra78 replied at 1-2-2016 03:20 PM
Aku makan sorang-sorang aje di luar. Jadi handphone jadi peneman. Di rumah pun aku makan sorang-sora ...

sama la aku pun.
Quote clarizsa 3-2-2016 04:14 PM
mmm unik....
Quote sunnyisland 3-2-2016 05:30 PM
pakai bateri hp ker mcm mana nie
Quote mizkajura 4-2-2016 10:02 AM
rugi la kalau mengadap hp je....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.109086 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top