Oleh Izzah Abbasy
Teringat zaman dulu-dulu. Aiskrim batang merupakan aiskrim paling popular suatu ketika dahulu. Balik dari sekolah, mulalah ketuk pintu rumah jiran sebab nak beli aiskrim. Bukan sahaja dahulu, kini ia masih menjadi pencuci mulut tetapi hanya diperkenalkan dalam ahli keluarga sahaja atau di kampung-kampung. Ada juga yang menjualnya, tetapi tidak ramai. Kadang-kadang si ibu yang rajin akan membuatnya dan disimpan dalam peti. Bukan sahaja dibuat untuk santapan pencuci mulut, air oren, sirap, bandung dan milo yang tidak habis diminum juga daripada membazir boleh dijadikan aiskrim batang ini. Sedap makan ketika musim panas. Biasanya, aiskrim batang dijual di rumah sahaja dan di gerai atau kedai-kedai runcit. Pelbagai perisa boleh dibuat seperti sirap, oren, asam boi, milo jagung dan sebagainya. Ada juga yang rajin buat aiskrim bubur seperti aiskrim batang perisa bubur kacang hijau dan pulut hitam. Dahulu, aiskrim ini dijual dengan harga 5 sen sebatang. Kemudian, 10 sen dan 20 sen. Kini, agak-agak anda berapa harga untuk sebatang aiskrim ini ya? Boleh cecah 50 sen ke RM1. Betul tak? - CARI Infonet
|
22
Bagus |
20
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
6
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jerukkedondong: wa dulu panggil sekerim malaysia..buruk nau rasanya nak sebut sekerim batang
jerukkedondong replied at 2-2-2016 04:57 PM
wa dulu panggil sekerim malaysia..buruk nau rasanya nak sebut sekerim batang
CARI-IIN replied at 2-2-2016 04:59 PM
Dulu dah ada 1 Malaysia ke? Hihihi
Kita orang kampung, panggillah aiskrim batang.
ADVERTISEMENT