CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jarang ayah berstatus duda meroyan, mereka pun tersakiti’ - Fadzley Yaakob

16-1-2026 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 907| Komen: 12

 


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fadzley Yaakob meminta orang ramai memberi ruang dan rasa simpati terhadap mana-mana lelaki terutama berstatus bapa tunggal yang berusaha mencari nafkah untuk anak-anaknya.

Menurut Fazley, 47, masyarakat sering dilambakkan dengan cerita tentang golongan bapa tunggal culas membayar nafkah tetapi realitinya mereka berjuang melunaskan tanggungjawab tersebut.

“Jarang mendengar golongan ayah berstatus duda meroyan dalam media sosial sedangkan mereka turut tersakiti.

“Kita selalu dengar kisah bekas suami tak bayar nafkah tetapi yang kita tidak tahu betapa mereka berusaha bermati-matian untuk mencari duit menyara hidup anak-anak.

“Dengan perlu jaga keluarga sendiri iaitu ibu bapa dan adik-beradik serta bayar hutang-hutang ketika kahwin dulu yang masih berbaki,” katanya dalam platform Threads.

Dia yang juga seorang bapa tunggal kepada empat orang cahaya mata berharap masyarakat tidak mudah melemparkan pandangan negatif atau menjatuhkan hukum sendiri terhadap mana-mana lelaki yang sedang berjuang membayar nafkah.

“Jadi tolong jangan mudah marah bekas-bekas suami yang masih berusaha nak bayar nafkah,” katanya lagi.

Dalam hantaran berbeza, dia juga meminta masyarakat bersikap adil dalam memberikan layanan terhadap golongan bapa tunggal seperti diberikan kepada ibu tunggal.

“Biasanya golongan duda diraikan, jada dipinggirkan.

“Manakala bapa tunggal tidak diberikan perhatian dab ibu tunggal sering mendapat belas kasihan.

“Memang susah ke untuk masyarakat berlaku adil?” ujarnya.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih pelbagai respon daripada netizen termasuk yang menyokong dan sebaliknya.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 17, Ahmad Fieradz Shah, 16, Ahmad Fierudz Shah, 15, serta Alayna Selma kini berusia 9 tahun.

Pasangan itu sah bercerai pada Oktober 2024 selepas penyanyi tersebut memfailkan perceraian beberapa bulan sebelumnya.  

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 17-1-2026 04:09 PM
Memang rak meroyan noks. Tapi memanjang yp posting yang galau2 sampai meluat kita pulak kena hide kan postings dia. Bila ada yang cuba2 rapat dia pulak main tarik tali. Sekadar pemerhatian mak di socmed.
Quote mrseller 17-1-2026 04:59 PM
Pemegang rekod malaysia, retis pertama kantoi tipu kelulusan pendidikan. Hahaha
Quote Hoola 17-1-2026 05:00 PM
ksygn warga porem
Quote Minami2013 17-1-2026 05:57 PM
Ex heols nmpak makin kurus dgn ber rambut blonde.
Quote viva_gerl 17-1-2026 06:03 PM
Both he n ex nampak busuk after divorce. His ex dah kurus pun nampak tak terurus n selekeh.
Quote ninja boy 17-1-2026 08:10 PM
No problem if hanya sara anak2, if tambah bini baru anak baru mmg problem
Quote imransulaiman 17-1-2026 10:03 PM
Kenapa ye muka dia nampak "kotor"?
Quote ZORRO5555 17-1-2026 11:02 PM
Ponen kertu
Quote dudaberhias 18-1-2026 08:21 PM
Masalahnya kau tu bukan status duda atau bapak tapi ponen.
Bukan mak bukan bapak nak kata permaisuri kokdiang pada bapok diva AA yang bertenggek dekat tempat jin bertandang di semenyih.

Berani ya heshe pakai lens kehulu kehilir walaupun rhoper macam anjing laut.

Lagi trauma bekas janda heshe, mesti terkejut beruk bini tika malam jumaat nampak somi duk menonggeng kat sebelah. Last2 dua2 menonggeng kehausan sampai ke subuh menanti di tusuk objek tumpul.
Quote missyL 19-1-2026 01:59 AM
mrseller replied at 17-1-2026 04:59 PM
Pemegang rekod malaysia, retis pertama kantoi tipu kelulusan pendidikan. Hahaha

Hahaahahah
Quote helicornia 19-1-2026 08:03 AM
dudaberhias: Masalahnya kau tu bukan status ...

Kak dude belum abis lagi citer menonggeng ye [em:3:]
Quote marchikobonzo 19-1-2026 10:41 AM
Elok sangat ke rambut belang2 tu?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062256 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top