CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Titip Nasihat Wanita 40-an Kena Buat Senaman Weight Training, Gelagat ‘Random’ Di Threads Raih Perhatian

16-1-2026 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 393| Komen: 0

 



Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan nasihat kepada para wanita terutamanya yang berusia 40 tahun ke atas supaya kekal cergas dengan mengamalkan senaman angkat berat.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkongsi senaman angkat berat sangat bagus untuk tulang kekal kuat.

 


"Wanita berumur 40 tahun ke atas buat senaman angkat berat selain daripada senaman kardio supaya tulang lebih kuat dan sihat."

Dalam pada itu, Siti sempat berseloroh meminta mereka yang bersenam untuk menyanyikan lagunya yang bertajuk Kesuma ketika melakukan senaman di treadmill.

"Sambil treadmill jangan lupa nyanyi ‘jadilahsaksumaku, samiasalmia ku…sampai liang lahadkuuu’.

Siti berkongsi perkara itu selepas melihat Public Health Malaysia meminta idea mengenai hantaran berkaitan kesihatan sambil menyelitkan lirik lagu Kesuma.

Hantaran itu kemudian menarik perhatian orang ramai, yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pelantun lagu Cindai kerana tersilap menyebut lirik.

 


Sumber: Threads, Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068079 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top