CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belanja Hampir RM500,000, Aeril Zafrel Syukur Dapat Bantu Renovate Masjid Di Kampung

19-1-2026 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 562| Komen: 9

 



Pelakon Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur niatnya untuk membantu membaiki masjid di kampungnya tercapai biarpun perancangan untuk membina sebuah masjid perlu ditangguhkan.

Memetik Astro Gempak, Aeril berkata dia mahu kariah di masjid kampungnya selesa tambahan pula bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

“Alhamdulillah kita sudah mulakan renovasi di sebuah masjid di kampung saya. Cadangan asalnya kita nak baik pulih sebuah masjid yang baharu. Namun, bila kita lihat semula, ada banyak proses yang perlu dilalui.

“Masjid yang lama juga masih ada orang-orang yang infaq. Jadi, timbul dilema di situ. Bila ada yang infaq dan mereka sudah beli bahan-bahan binaan, kalau kita ganti yang baharu, bahan yang lama ini tidak akan digunakan.

“Bila berbincang semula, proses-proses ini turut melibatkan banyak pihak termasuklah kerajaan. Jadi, kita renovasi dahulu mana lebih utama dan memerlukan agar para kariah dapat merasai keselesaan,” katanya.

Sementara itu, Aeril berkata kos renovasi masjis tersebut sudah hampir siap dan menelan belanja hampir setengah juta.

“Kos renovasi itu mencecah hampir setengah juta ringgit. Proses renovasi itu pun sudah hampir siap. Namun, ada beberapa penambahan yang perlu dilakukan. Saya juga perlu menambah sedikit lagi wang berdasarkan keperluan. InshaAllah menjelang Ramadan ini, masjid itu sudah boleh diguna pakai,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril berkata dia mahu meneruskan usaha untuk mencari masjid atau surau yang perlu dibaik pulih.

“Walaupun bukan semua orang dapat pergi ke masjid itu, namun kami akan cuba teruskan usaha sama ini ke masjid-masjid di tempat lain pula. Ketika ini, kami juga sedang sibuk. Selepas raya nanti, kita akan cari lagi masjid atau surau yang perlukan renovasi,” katanya.


Sumber : Astro Gempak, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 19-1-2026 09:13 AM
Meriak jaman now ni is a must...heheheh
Quote ZORRO5555 19-1-2026 01:32 PM
Alhamdullillah
Quote Perawankota 19-1-2026 05:56 PM
Klu macam ni boleh tolak tax tak
Quote bedahmenjuyah 19-1-2026 07:02 PM
Berpusing pusing cerita kau noks takde achik paham. Pepehal ko nak meriak spend setengah juta kan.
Quote ahlisihircute 19-1-2026 07:09 PM
Buat keje amal  dan bersedekah nie buat dediam jelah...
Quote noor2 19-1-2026 07:34 PM
Ya Allah...patutnya buat senyap2...hilang pahala sb riak bgtau semua org
Quote slyfynx 20-1-2026 03:31 AM
Mmg MO deme2 ni sebutkan nilai wang ringgit kan.
Sedekah bg jumlah bape, bayar tax bagi jumlah berapa,
Bayar ZAKAT, bagi jumlah berapa. Beli kain kapan, bg tau jumlah berapa.
Nape x kire bulu punai jumlah berapa jgk?
Quote SANKURIANG 20-1-2026 05:45 AM
Kampung dia kat Rengit Batu Pahat tu, pure jawamamat ni. Pernah la dengar kaum kerabat nya bersembang…pekat jowo nyo. Bagusla bantu bina masjid. Buat apa yg kita rasa betul, Insyaallah ok je nanti.
Quote aciksenah 20-1-2026 10:18 AM
Nak suruh orang puja la tu..padahal ni selalu tektik orang meniaga nak dapat pengecualian cukai. Lepas tu acah2 berhati mulia suci murni. Gituhhh..Nak lakukan amal, sedekah semua senyap2 dah la. Kalau orang lain yang war2kan tu lain cerita.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033572 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top