CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Rasa Kita Dah Berlakon Dari Kecil, Kita Dah Cukup Masak” - Sweet Qismina

19-1-2026 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 968| Komen: 14

 



Pelakon Sweet Qismina berkongsikan dia pernah mengalami situasi sukar untuk mengubah persepsi seseorang terhadap mereka yang sudah berlakon sejak dari kecil.

Menerusi hantaran di Insta Story, Sweet berkata dia turut memahami perasaan dirasai pelakon Mia Sara serta berharap industri seni dapat memberi peluang untuk membawakan watak dewasa seiring usia.

  


“Ini perasaan saya dlu dan perlukan masa bertahun-tahun untuk dapatkan kepercayaan orang (sampai sekarang). Saya harap ramai orang akan cuba untuk terima mereka yang masih tersekat sebagai pelakon kanak-kanak. 

“Kami tak dapat nak ubah size dan wajah muda kanak-kanak kami tetapi tanpa pengalaman dan peluang untuk melakonkan pelbagai watak, bagaimana kami ingin bertambah baik? Pengalaman mematangkan kita kan?

“Kalau boleh bagi rezeki dekat pelakon-pelakon baru dan bagi mereka belajar berlakon kat set, apa salahnya buat yang sama pada mereka yang dah berlakon sejak muda,” tulisnya.

Sementara itu, Sweet turut menitipkan nasihat buat mereka yang berlakon sejak kecil perlu belajar dari bawah kerana lakonan dewasa berbeza dengan yang dilakonkan ketika kanak-kanak.

“Percaya dan beri peluang. Yang dah berlakon sejak kecil pula, kena mula dari kosong. Jadi padi, belajar untuk jadi yang terbaik. Jangan rasa kita dah berlakon dari kecil, kita dah cukup masak. Tidak, lakonan dewasa tak sama seperti kita kanak-kanak.

“Saya Pernah berada di situasi tersebut. Tak senang. Sampai sekarang saya masih kena belajar. Selebihnya, berserah pada Allah. Saya faham awak, Mia. Semoga Allah buka rezeki awak dan yang lain-lain,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tigerads 19-1-2026 11:22 AM
jgn dok rasa menyanyi drp kecil ada byk album n byk lagu kita dh blh sebaris dgn penyanyi lain...

hakikatnya....nyanyi lagu orang sokmo...tu pun sumbang mambang

cuba jd mcm anuar zain tu...zaman kecik dia nyanyi lagu kain pelikat, bila dh dewasa tetap dikenali dgn album dewasanya sendiri dan beberapa lagu sendiri yg hits
Quote jihyomelly 19-1-2026 12:24 PM
ko berlakon bagus dek..filem babah tu iols meleleh air mata sedih hiba
Quote tukul 19-1-2026 12:26 PM
Dah matang sweet ni...suka dia skrg...harap maisarah contohi la sweet.. jgn merentan menangis aje...
Quote seri_mawr 19-1-2026 02:27 PM
sweet ni air muka dia boleh di jadikan heroin...hahhahaa
bertabahlah mia sara....

Quote seri_mawr 19-1-2026 02:28 PM
tigerads replied at 19-1-2026 11:22 AM
jgn dok rasa menyanyi drp kecil ada byk album n byk lagu kita dh blh sebaris dgn penyanyi lain...

h ...

ni siapa pulak ni..?

BA BASS ke..?
Quote belilies 19-1-2026 03:35 PM
Pelakon2 mudah ni ptt belajar dari farah ahmad. Sheols low key je berlakon tp tak jemu tengok walopun tak berupa. Shes one talented actress
Quote MistrezHermanaz 19-1-2026 04:04 PM
makin pandai berlakon Sweet ni..suka watak dia dlm drama Setiaku Berdiri
Quote supernaturalee 19-1-2026 04:08 PM
contohi bell

despite his size & looks, tawaran sentiasa ada dari umur tak sampai 10 tahun until now lg berapa tahun nk masuk 5 siri

terima seadanya dan paling penting, real talent yg penting

& of kos pandai bawak diri; jgn jd terpaling

Quote adelea 19-1-2026 04:20 PM
supernaturalee replied at 19-1-2026 04:08 PM
contohi bell

despite his size & looks, tawaran sentiasa ada dari umur tak sampai 10 tahun until now ...

Bell ni tak meminta

Mia ni , tak appreciate pon zaman remaja  to be reall talent, dia sendiri terperangkap dlm dunia kanak2 dia sendiri

Tgk org lain
Dura matilda, si qistina tu lagi la…
Muka kanak2 tapi dia ada je watak dia remaja yg grown up .. semua ni about pembawakan diri sendiri
Same goes to aqish and sweet qismina , diorg ni semua learn hard way …

Sblm buat hingaq kat org filem sila muhasabah diri tu elok2

Ko pon dah lama tak berlakon
Pastu nak demand ,
Quote sukanyanyi 19-1-2026 04:40 PM
Edited by sukanyanyi at 19-1-2026 04:42 PM
adelea replied at 19-1-2026 04:20 PM
Bell ni tak meminta

Mia ni , tak appreciate pon zaman remaja  to be reall talent, dia sendiri te ...


Betul.. meols rase agak pelik dia terus nk mintak watak dewasa.. rasenye settle for watak remaja mcm kolej2 tu pon ok la.. mmg biase sgt2 kan watak remaja ni plakonnya actually dh 20s.. kat holywud nun lg ler byk.. n yes, dahla jarang muncul, takkan tetiba nk expect perubahan mendadak? Gradually sudah la, meaning, dari watak kanak2 ke remaja, bukan terus ke dewasa. N yes, rupa n saiz blom sesuai utk watak dewasa. Sweet lain, dia nampak ayu, so awal sikit ade aura dewasa tu walaupun petite jgk.
Quote delia3003 19-1-2026 09:12 PM
I suka Sweet ni dulu masa jadi pelakon kanak², antara yang pandai berlakon. Tapi betul la, pelakon kanak² bila dewasa transition tu tak berapa smooth terutama kalau petite dan ada lagi rupa kanak² tu, bukan setakat kat Malaysia je, Hollywood pun sama. Boleh la jadi pelakon pembantu dulu, bawak watak remaja.
Quote TomyamPuteh 20-1-2026 07:52 PM
Humblenya dia.Tak mcm si Aqish Diva tersohor.
Quote missyL 20-1-2026 08:39 PM
delia3003 replied at 19-1-2026 09:12 PM
I suka Sweet ni dulu masa jadi pelakon kanak², antara yang pandai berlakon. Tapi betul la, pelakon  ...

That's why zaf Efron tu ubah wajah die.nk lari dr imej budak2.
Quote amyfaha 20-1-2026 08:43 PM
Aduh dek,awak dah cantik da. Gi buat idung gi cucuk muka napeee dekkk... Da x natural daaaa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.133690 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top