CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Kiamat’ salji landa Russia, salji tebal lebih 5 meter timbus bangunan

20-1-2026 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 581| Komen: 12

 



MOSCOW – Ribut saljI kuat dan berpanjangan yang bermula pada 12 Januari lalu melumpuhkan Semenanjung Kamchatka di Russia, dengan salji setebal 500 meter (16 kaki) dilaporkan di sesetengah kawasan.

Darurat di peringkat perbandaran dan daerah diisytiharkan bagi Petropavlovsk-Kamchatsky selepas dua orang terbunuh akibat runtuhan salji dari bumbung pada 15 Januari lalu.

Kamchatka kini sedang mengalami salah satu ribut salji paling dahsyat sejak beberapa dekad lalu.

Dalam tempoh 48 jam selepas ribut salji bermula pada 12 Januari lalu, bencana tersebut membawa kira-kira 52 peratus daripada purata taburan hujan dan salji bulanan.

Ribut kedua melanda semenanjung itu pada 14 Januari lalu, membawa lebih banyak salji dan angin kencang lebih 100 kilometer sejam.

Di Petropavlovsk-Kamchatsky, kedalaman salji adalah antara 0.5 hingga 1.33 meter (1.7–4.4 kaki), manakala kampung Sosnovka yang terletak berdekatan merekodkan salji setebal 1.63 meter (5.3 kaki).

Salji sedalam 5 meter (16 kaki) turut dilaporkan di beberapa kawasan lain.

Jumlah salji yang terkumpul di sebahagian kawasan di Kamchatka adalah menyamai taburan salji untuk tempoh lebih tiga bulan.

Kali terakhir salji setebal itu melanda adalah pada musim sejuk tahun 1997.

Timbunan salji kali ini mencapai ketinggian rumah dua tingkat, menimbus pintu masuk bangunan dan memerangkap kenderaan.

Penduduk terpaksa keluar dari rumah melalui tingkap tingkat satu atau menggali terowong merentasi benteng salji.

Datuk Bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, Yevgeny Belyayev mengisytiharkan darurat bencana di seluruh bandar sejurus selepas kematian pertama dilaporkan pada 15 Januari lepas. – AGENSI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-1-2026 09:02 AM
Tengok pun dah rasa sejok
Quote kelip2_07 20-1-2026 10:47 AM
nie klu main sorok2 dlm salji mampos beku
Quote IzzahF 20-1-2026 11:52 AM
yg duduk level paling bawah tu apa khabar? nak keluar pun tak boleh. tu kalo kebulur hadap je la ek
Quote STONER 20-1-2026 11:53 AM
KamikuP: Tengok pun dah rasa sejok


actually snow macam ni ok je tak terlalu sejuk pun...yg jadi sejuk bila berangin auto tangan rasa kebas

Quote STONER 20-1-2026 11:54 AM
kelip2_07 replied at 20-1-2026 10:47 AM
nie klu main sorok2 dlm salji mampos beku



beku telur
Quote ZORRO5555 20-1-2026 11:54 AM
Fuhhhh
Quote mejaputih 20-1-2026 12:51 PM
Tabur garam...mcm org jawa buat..
Quote prettyuglybabe 20-1-2026 03:30 PM
macam cerita day after tomorrow..
Quote Decaffeinated 20-1-2026 03:46 PM
Pernah terperangkap dalam hutan on icy road tak bawa chain masa tu I wished Tuhan panaskan jln 5 minute pun cukuplah untuk aku lepas jln curam.
Quote B40tastePosh 20-1-2026 03:47 PM
Angin Semenanjung Kamchatka selalu terbang ke Semenanjung Melayu.
Quote cmf_jeangrey 20-1-2026 07:44 PM
Salji 1 kaki pun jenuh nk melangkah..kaki cepat letih kecuali fitness tip top..bila salji dah kompak jadi licin pulak..sampai tergolek dibuatnya

Tapi salji is safer than banjir la dr segi keselamatan..banjir ni sgt cepat, kalau leka boleh hanyut..barang dlm rumah, kereta semua habis rosak

Quote sharlenetexas 20-1-2026 08:39 PM
B40tastePosh replied at 20-1-2026 03:47 PM
Angin Semenanjung Kamchatka selalu terbang ke Semenanjung Melayu.

Minggu lepas rasa sejuk.


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032044 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top