CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scha Alyahya didik anak jaga batas pergaulan, mahu bentuk akhlak sempurna - “insya-Allah besar nanti ada adab dan akhlak yang elok"

20-1-2026 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1378| Komen: 14


 



Pelakon Scha Alyahya bersetuju dengan cara didikan Datuk Seri Aliff Syukri dalam menjaga batas pergaulan anak-anak sebagai asas utama dalam membentuk akhlak yang baik.

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata, perkara itu dibuat untuk melatih anak-anak berdikari ketika sudah dewasa dan tindakan itu bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

“Tak nak disentuh? Bagus, bagi saya sebagai ibu bapa banyak benda baharu yang saya rasa kena belajar. Kerisauan yang tak sangka saya ada.

“Meskipun Awal kata saya ‘overthink’ tapi bagi saya itulah naluri mak. Jadi bila kita tahu untuk hadkan batas, benda itulah yang paling penting.

“Itu asas, kalau kita ajar mereka dari sekarang, insya-Allah besar nanti ada adab dan akhlak yang elok,” kata Scha, semalam.

Pelakon drama Awan Dania itu juga mengakui sebagai ibu bapa, dia perlu lebih bijak dalam mengawal batas pergaualan anak-anak lebih-lebih lagi pada zaman moden yang penuh dengan pengaruh tidak berfaedah.


 


“Kita ibu bapa kan, mereka paling dekat dengan kita. Jadi, itulah cara kita nak bentuk mereka membesar.

“Kita nak ada had dari segi pergaulan, percakapan, media sosial, berborak dengan orang tak kenal. Main permainan video dengan orang yang tidak tahu siapa.

“Itu bagi saya antara batasan pergaulan yang perlu ada dalam hidup, tambahan lagi dengan dunia sekarang,” jelasnya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dia tidak pernah teragak-agak untuk menegur anaknya sekiranya melakukan tindakan yang dianggap kurang sopan.

“Saya selalu nasihat sebab saya seorang yang cepat takut. Jadi, saya akan tengok iPad, apa mereka muat turun dan apa mereka bualkan dengan kawan-kawannya.

“Kalau saya rasa benda itu tak elok, saya akan cakap dekat mereka dan jelaskan. Bagi saya benda begini kalau kita tak jaga atau pantau, mereka macam tak ada had,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Datin Seri Shahida berkongsi mengenai insiden melibatkan anak perempuannya, Raudhah Arshiyah yang dimarahi oleh suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri selepas kanak-kanak itu dilihat bergurau dengan pengurus lelaki mereka.

Katanya, perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi kebiasaan biarpun anaknya masih kecil dan perlunya batas pergaualan.

Sumber: HibGlam (Nur Al-Fairuza Syarfa Saidi Nor Saidi), Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 20-1-2026 08:12 PM
Yeszzzaaaaaa...
Quote sharlenetexas 20-1-2026 08:31 PM
Comelnya lara dan adiknya.


Quote adelea 20-1-2026 09:16 PM
bibik diorg joy joyah tu dah balik pinoy ke
Quote A-Are 21-1-2026 11:10 AM
Nak bentuk adab dan akhlak ni memang kena mula dari rumah dan diri parent sendiri...janganlah expect anak adab tiptop kalau parent pon x beradab...i xckp sha & awal becoz dey ols mmg nampak sopan berdua..tp in general i ols perasan kebanyakan mak bapak mengharap anak akhlak dan beradab sopan tp lupa nak cermin diri...usia kecik sampai remaja rumah main peranan..kena mula dari anak kecil...ajar buang sampah dalam tong sampah...cakap nada suara lembut dan perlahan...since 5tahun budak2 ni memang copy paste makbapak..thats y baru2 ni viral yang mak nya suruh anak cakap slow sopan macam dalam tv sekali anak reply, Bonda cuba dulu
Quote tapirbiru 21-1-2026 04:37 PM
harap berpakaian jua berakhlak mudah mudahan
Quote royaldanish 21-1-2026 04:56 PM
anak yg sulong tu nampak behave ye
Quote akuMNdia 21-1-2026 05:26 PM
besar dah lara
Quote PinkyPie 21-1-2026 05:27 PM
Chup alip sotong tu kenapa marah anak?
Quote Bedak_Carrie 21-1-2026 07:15 PM
Makin kurus laki dia....
Quote Minami2013 21-1-2026 09:06 PM
Copy paste betul muka dua beradik ni.. maybe sbb muka scha ngan awal lebih kurang je.
Quote noor2 21-1-2026 09:45 PM
Insyaallah..jgn jd mcm.leona
Quote dua_chzy 21-1-2026 09:48 PM
akuMNdia replied at 21-1-2026 09:26 AM
besar dah lara

Tu la budak yang acik porom bod gosip Cari tak abis2 cerca down syndrome dulu.
Quote noor2 21-1-2026 10:01 PM
Cantik anak2 nya
Quote Lampuled 21-1-2026 11:38 PM
Suka tgk family diaorg ni. Anak well behaved mcm mak dia jugak la. Belum pernah lagi dgr citer2 liar mak dia. InsyaAllah akan elok² je anak² dia nnti.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036306 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top