CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peperiksaan Tahun 4 diperkenal tahun ini - Anwar Ibrahim

20-1-2026 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1419| Komen: 40

 



PETALING JAYA – Ujian penilaian atau peperiksaan akan diperkenalkan untuk murid tahun empat sekolah rendah bermula tahun ini.

Perdaha Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penilaian itu akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.

Menurutnya, ia merangkumi bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala untuk tingkatan tiga meliputi subjek sejarah bermula 2027.

“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.

“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-1-2026 04:19 PM
Hello cigu2 SK ngan mak pak,

stress ke tew? Lek ah.
Quote prizadane 20-1-2026 04:42 PM
Hurmmm….
Quote freyayong 20-1-2026 04:47 PM
so darjah 4 tahun ni ready lah...
Quote orkid_amani 20-1-2026 05:16 PM
Xsama ka mcm exam UPSA UASA tahap2 tu? Biasa mmg tahap2 jaa kan yg ada exam ni..tahap1 masih lg PBD..
Quote Suchi 20-1-2026 05:31 PM
dua_chzy replied at 20-1-2026 04:19 PM
Hello cigu2 SK ngan mak pak,

stress ke tew? Lek ah.


Iols tak minta pun nak upsr dan segala bagai exam besar tu
Tup tup dapat exam darjah 4
Tahun ni gak tu buat adoii nak tanak kena hadap

Masalah beg berat lebih buat iols susah hati lerr
Pastu pakat merentan memasing kat fb tu
Smlm kemain tak sabar nk upsr la bagai
Cikgu pencen tu kemain laa 2-3 hari ni memuji fadhlina tu padahal sblm ni duk maki org tu
Pastu hari ni terkedu la tu takda upsr tp dia masih boleh tersenyum sbb ada ujian matrik darjah 4 tu
Pakat nak buat tuisyen belaka laaa kannnnnnn…
Quote Suchi 20-1-2026 05:36 PM
orkid_amani replied at 20-1-2026 05:16 PM
Xsama ka mcm exam UPSA UASA tahap2 tu? Biasa mmg tahap2 jaa kan yg ada exam ni..tahap1 masih lg PBD. ...

Tak sama lerr sbb ni lembaga peperiksaan yg buat
Exam berpusat sama soalan satu Malaysia mcm upsr tu tp format ikut kesesuaian laa
IMG_5204.jpeg

Masalahnya masa tahap 1 takda exam langsung cuma ada pbd, tp ada sekolah yg buat juga ala2 kuiz ke apa.
Tp sek anak iols mmg takde buat ujian apa dr darjah 1-3 tu.
Cuma tau darjah 4 baru la ada ujian pertengahan dan akhir tahun yg dipanggil UASA tu.
Yg ni pun dh berdebar nk hadap sbb anak tak penah exam tup2 dia bagi ujian berpusat terus.
UASA tu pihak sekolah yg buat kertas soalan dan masa pun ikut sekolah.

Quote dua_chzy 20-1-2026 05:40 PM
Suchi replied at 20-1-2026 09:31 AM
Iols tak minta pun nak upsr dan segala bagai exam besar tu
Tup tup dapat exam darjah 4
Tahun ni ...

Tayah tuisyen la. Lek2 jew.

Meols harap darjah 1 tu, silibus lek2 je. Jangan paksa anak wajib tau membaca, hafal sifir, hafal alif ba ta, reti tolak tambah, di umur 6 tahun. Biar meka membesar ikut pace meka. Apa taknya budak2 asyik kemurungan pi bunuh diri semua sekarang - dah la membesar dengan sosmed, dipaksa pula pandai kat sekolah. Bila tokleh catch up, cikgu terus cop bodo then dibiarkan tak ajar bebetul.

Tahun ni...Meols punya approach laen bila ngaja. Meols dapat merasakan hasilnya bakalan lebih baek.
Quote dua_chzy 20-1-2026 05:42 PM
Suchi replied at 20-1-2026 09:36 AM
Tak sama lerr sbb ni lembaga peperiksaan yg buat
Exam berpusat sama soalan satu Malaysia mcm upsr  ...

Sekolah anak2 meols (SK/SJKC) hado buat exam untuk Tahap 1.

Tak silap, kalau tengok pekeliling dia tak kata tokleh buat ujian/exam lansung. Cuma tidak digalakkan saja. Begitu juga dengan kelas streaming.
Quote Chah21 20-1-2026 05:46 PM
Suchi replied at 20-1-2026 05:36 PM
Tak sama lerr sbb ni lembaga peperiksaan yg buat
Exam berpusat sama soalan satu Malaysia mcm upsr  ...

I print sndiri soalan sekola lain share n bg kt anak2 buat cm exam jgk la..hurm x memberangsangkn rasanya sbb xde exam kt skola.. nmpk la kemalasan tu..x mcm zaman mak dia
Quote delia3003 20-1-2026 05:53 PM
Tahun ni jugak tu, kenapa tak tahun depan je. Kesian budak² darjah 4, terkezutt terus dapat hadiah exam tahun ni. Anak buah I la salah satu nye.
Quote kemaruk 20-1-2026 06:47 PM
Apa yang mendorong kepada keputusan yang gelojoh ni?
Quote Lampuled 20-1-2026 06:51 PM
Takde exam pun org bising ada exam pun org bising. Kalau terus exam tahun ni pun ok boleh tahu tahap standard pemahaman anak2 tu capai standard ke tak. Takde isu basic foundation pun tak cekap tp ulang alik naik stage every year .
Quote Suchi 20-1-2026 08:14 PM
dua_chzy replied at 20-1-2026 05:40 PM
Tayah tuisyen la. Lek2 jew.

Meols harap darjah 1 tu, silibus lek2 je. Jangan paksa anak wajib ta ...

Iols mmg nk rileks2 tapi
Org lain mana mau rilekss kalau buleh kuar perut terus boleh membaca
Tp bila kata boleh masuk darjah 1 umur 6 tahun pakat semua merentan anak tak reti kencing bagai hahha

Sek anak iols takde wat exam, taktau cikgu nilai cemana dlm kelas yg iols tau cikgu ckp kalau anak iols byk ckp blh tambah lagi TP.
Quote axl_bach 20-1-2026 09:26 PM
dua_chzy replied at 20-1-2026 05:40 PM
Tayah tuisyen la. Lek2 jew.

Meols harap darjah 1 tu, silibus lek2 je. Jangan paksa anak wajib ta ...

6 tahun mmg patut dah kuasai 3M, xperlu cekap tp mmg patut dah boleh baca at least suku kata mudah, mengira tambah dan tolak menggunakan jari, dan menulis ABC.....

Kalau tahun 1 baru nk mula belajar, mmg kena tinggal lah.... Aku tahu mmg ada anak2 yg lambat, tp mak ayah lah patut main peranan jgn harap dan lepas tangan dekat guru semata....
Quote axl_bach 20-1-2026 09:29 PM
dua_chzy replied at 20-1-2026 04:19 PM
Hello cigu2 SK ngan mak pak,

stress ke tew? Lek ah.

Hahahaha, anak sulung aku lah tu... Nk kena hadap exam ni
Quote hart_attack 20-1-2026 10:11 PM
Nasib  la anak iols dah lepas. X de darjah 4
Quote gigahertz 20-1-2026 11:03 PM
kemaruk: Apa yang mendorong kepada keputusan yang gelojoh ni?

cikgu2 komplen bila mengajar sekolah menengah. ramai budak-budak zero.
mengira tak lepas . membaca tak reti.

Quote dua_chzy 21-1-2026 12:04 AM
Edited by dua_chzy at 20-1-2026 04:09 PM
axl_bach replied at 20-1-2026 01:26 PM
6 tahun mmg patut dah kuasai 3M, xperlu cekap tp mmg patut dah boleh baca at least suku kata mudah ...


Iya betul la at least suku kata boleh baca, 1+3 boleh jawab. Tapi perkembangan budak2 tak sama. Hado fast learner, hado siput babi learner. Yang siput babi tu, selow2 aje la...Takyah stress nak pandaikan dalam tempoh 3 bulan. Kalau ada usaha dari diri sendiri ngan mak pak, boleh catch up juga tu nanti.

Aku tahun ni ngajo bebudak 15 tahun yang aku bagi masa 15 minit (simple test) untuk lengkapkan 5 ayat mudah pun tokleh jawab 98% bebudak kelas tu. Contoh soklan:

1. Hans and Isaac are playing _____ .
2. Lina has a _____ .
3. Aina is crying because _____ .

So...Aku kena sabar. SABAR. Ngan tawakal.
Quote dua_chzy 21-1-2026 12:11 AM
delia3003 replied at 20-1-2026 09:53 AM
Tahun ni jugak tu, kenapa tak tahun depan je. Kesian budak² darjah 4, terkezutt terus dapat hadiah  ...


Ok je. Treat as UASA je uols. Anak meols la tu salah satunya. Rasional - ada 2 tahun masa penambahbaikan di SK seblom masuk Form 1.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071157 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top