CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebutir permata ungu Nilam bintang 6 sinar bernilai lebih RM1.6 bilion ditemukan di Sri Lanka

20-1-2026 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 647| Komen: 7

 



COLOMBO – Sebutir permata ungu bernilai sehingga AS$400 juta (RM1.62 bilion) ditemukan di Sri Lanka, dipercayai batu nilam bintang semula jadi terbesar pernah dijumpai, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Nilam bintang ungu dinamakan ‘Star of Pure Land’ itu mempunyai berat 3,563 karat(73 gram).

Ia merupakan sejenis permata nilam yang memancarkan pantulan cahaya seperti bintang.

Ciri itu dipanggil asterisme, manakala permata khusus tersebut mempunyai asterisme enam sinar, memberikannya penampilan yang sangat mempesonakan.

“Ini adalah nilam bintang ungu terbesar seumpamanya,” kata ahli gemologi, Ashan Amarsinghe.

“Ia menunjukkan asterisme yang jelas dan mempunyai asterisme enam sinar. Ia sesuatu yang istimewa daripada semua batu lain,” tambahnya.

Permata itu dipercayai bernilai sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM1.2 bilion), dan berpotensi mencecah sehingga AS$400 juta. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 20-1-2026 06:14 PM
besar betul

nak jadi perhiasan pun tak tau nak letak camane, dah besar bola lontar peluru je
Quote Decaffeinated 20-1-2026 06:25 PM
itu betul harga jualan ka harga angan2 ja
Quote prince_marhaen 21-1-2026 09:08 AM
Edited by prince_marhaen at 20-1-2026 03:10 PM

Side ni baru nampak besar...ingatkan besar loket rantai je 73 gram... kecik betul... rupanya 3,563 carats = 712.6 grams






Quote kotakbaju 21-1-2026 09:12 AM
Permata ni kira nilai tinggi macam emas ye meols kompius jugak antara emas, permata, zamrud, batu delima yg mana paling bernilai tinggi.
Quote kotakbaju 21-1-2026 09:20 AM
Masa kecik2 dulu belakang umah meols ada kawasan bukit yg lepas tu dikorek sebahagian bukit tu utk diambil tanah dia. So ada part bukit yg terdedah tu, tak la tinggi mana pun. Memang jadi tempat memanjat la weols bebudak kampung time tu. Meols selalu juga perasan batu2 dan kawasan permukaan situ macam ada sesuatu warna putih berkilau, taktau nak describe camne.  Bila meols korek2 keluar macam seketul batu yg kat tepi batuan tu ada terselit warna putih berkilau. Cantik je tengok. Kawan2 meols melawak kata ni ambik bawak pi juai laku ni. Taktau la betui ke tak tu.
Quote Kitty_catz 21-1-2026 11:28 AM
isyh isyh isyhh,,, meols pun haderrrrr

tp kaler ijau, hat ni 2,680 carat jewww tapinyehhh

IMG_4320.jpeg IMG_4321.jpeg

Quote mejaputih 21-1-2026 01:41 PM
sapphire ni mmg kedua keras dari diamond kan? ke granite lagi keras dari sapphire?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.040310 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top