CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MCMC siasat China Press dakwaan salah terjemah titah Agong

20-1-2026 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 736| Komen: 16

 



PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat kandungan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong ketika Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima aduan rasmi daripada orang awam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, peruntukan itu adalah berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Sekiranya terdapat laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, perkara itu adalah berasingan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Loading FB Post...

Fahmi menggesa Majlis Media Malaysia sebagai badan bebas memainkan peranan bagi memastikan pematuhan etika kewartawanan, selain menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat.

Katanya, majlis itu juga perlu berfungsi sebagai platform mengawal selia kendiri bagi menangani aduan serta isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.

Loading FB Post...

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan komen melampau atau berunsur fitnah di media sosial, selain menghormati Institusi Raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-1-2026 07:20 PM
Koh koh koh..
Quote orkid_amani 20-1-2026 07:24 PM
Writer China Press tu pekak kot naa..Agong tu siap sebut sebijik sebijik perkataan tu..xkan laa tak faham..
Quote Firenzza 20-1-2026 08:40 PM
So, pahmi beskal x mau buat kelas pemahaman mcm kes bendera terbalik aritu ke
Quote sharlenetexas 20-1-2026 08:41 PM
Jangan risau abang besau dapig tetap membela.


Quote Kitty_catz 21-1-2026 08:38 AM
kena buat tagline baru la

itu lah penting nya bahasa mulayu edukesyennn
Quote BoongaKertas 21-1-2026 08:43 AM
ala, xkan jadi apa lah tu nnti...
Quote keristiga11 21-1-2026 08:59 AM
Quote prince_marhaen 21-1-2026 09:03 AM
Esok senyap lah tu... takkan la nak usik anjing2 tu kan.. Kalau orang Melayu buat sekejap je dah pakai baju oren.. ehehehehe
Quote cewekbopot 21-1-2026 09:07 AM
minta maaf atas khilaf katenye.. nanti2 setelllll la tuuuuu
Quote A-Are 21-1-2026 10:30 AM
Ada beza tidak tahu dan tidak terima...itulah sebab kena paham Bahasa Malaysia..press pon xreti2 ke hire org melayu buat proof read..yihh
Quote kemaruk 21-1-2026 10:34 AM
A-Are replied at 21-1-2026 10:30 AM
Ada beza tidak tahu dan tidak terima...itulah sebab kena paham Bahasa Malaysia..press pon xreti2 ke  ...

Dorang terasa kot

Kalau dah 20-30 tahun duduk malaysia tapi masih tak tahu bahasa melayu, maksudnya memang taknak terima bahasa melayu ler
Quote A-Are 21-1-2026 10:42 AM
kemaruk replied at 21-1-2026 02:34 AM
Dorang terasa kot

Kalau dah 20-30 tahun duduk malaysia tapi masih tak tahu bahasa melayu, maksudn ...

ya..kira macam kesimpulan awal la...tp kata2 YDPA xboleh suka2 buat kesimpulan sendiri, nama pon quote kena betul2 copy ayat dia...kita nak buat poster wish happy birthday ke YDPA pon ada tatacara color, sebutan dan ringkasan inikan plak nak post kat newspaper..melanggar etika mmg patut disiasat MCMC
Quote imransulaiman 21-1-2026 08:30 PM
Sisi positif Indonesia yang aku tabik - cina kat sana fasih bahasa Indonesia sebab tak boleh sewenangnya guna bahasa "cina" openly...dan tak boleh direct guna nama cina.

Kat sini lainnnnnnnnnnn....
Quote sharlenetexas 21-1-2026 08:45 PM
imransulaiman replied at 21-1-2026 08:30 PM
Sisi positif Indonesia yang aku tabik - cina kat sana fasih bahasa Indonesia sebab tak boleh sewenan ...

Cina malaysia tak rasa cina yendon "ditindaskah"?


Quote Decaffeinated 21-1-2026 10:10 PM
yang mana lebih susah nak buat 'tau' ka 'terima'?
Quote Manjahati 21-1-2026 10:37 PM
Siasat je tapi x ada apa2 tindakan..mcm biasa maaf sudah cukup

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033209 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top