CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak Anak Kenal Datuk Nenek Mereka” – Elizabeth Tan Mahu Zuriat Secepat Mungkin

21-1-2026 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 190| Komen: 0

 



Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan meluahkan rasa kecewa apabila dia dan suami, Dr Siew Jim Ding masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.

Memetik Astro Gempak, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata usianya kini sudah mencecah 33 tahun sekaligus memberi kesan emosi kepadanya.

“Kami sudah dua tahun mencuba. Masih belum ada rezeki untuk memiliki zuriat. Tahun ini saya berusia 33 tahun. Ramai yang menasihatkan saya, termasuk doktor, supaya berusaha untuk hamil sebelum umur saya mencecah 35 tahun.

“Kalau ditanya tentang perasaan, jujurnya memang ada rasa kecewa sebab sudah dua tahun berkahwin. Setiap kali semak kehamilan, keputusannya negatif,” katanya.

Sementara itu, Lizzy berkata dia turut tertanya-tanya punca sebenar dia masih belum hamil dan timbul rasa malu melihat rakan-rakan sudah mempunyai cahaya mata.

“Kadang kala saya malu dengan kawan-kawan yang sudah memiliki anak. Saya pernah persoalkan kenapa saya tidak seperti mereka, mudah dapat cahaya mata?

“Saya tak tahu apa masalah tubuh saya. Saringan kesihatan telah saya buat dan keputusannya okey. Jadi saya pun tertanya-tanya, kenapa?” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berkata dia sedang belajar untuk menerima takdir. Tambahnya lagi, dia mahu segera menimang cahaya mata kerana faktor usia ibu bapanya semakin lanjut.

“Saya mahu anak-anak saya kenal datuk dan nenek mereka. Sekarang usia ayah saya sudah 70 tahun. Sebab itu, kalau boleh saya mahu hamil secepat mungkin,” katanya.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048650 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top