CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Risikonya besar, pembedahan betul-betul belakang pita suara’ - Noh Salleh lega pembedahan tulang belakang berjalan lancar

21-1-2026 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6484| Komen: 18

 



PETALING JAYA – Penyanyi Noh Salleh meluahkan rasa lega selepas pembedahan tulang belakang dijalaninya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC), berjalan lancar, semalam.

Ujar Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 41, masalah tersebut menyebabkan saraf terhimpit sehingga menimbulkan kebas tangan serta sakit belakang kronik hingga menjejaskan pergerakan harian.

“Selesai pembedahan semalam di UKMSC. Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 dan C7 menyebabkan saraf terhimpit, tangan kebas serta sakit belakang kronik sampai menyukarkan pergerakan, termasuk mengangkat baby Tara (anak).

“Proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan Prof. Datuk Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin,” katanya dalam Instagram.

Vokalis kumpulan Hujan itu mengakui detik paling mendebarkan adalah lokasi pembedahan terletak hampir dengan pita suara, organ penting buat kelangsungan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Bahagian pembedahan betul-betul di belakang pita suara. Risikonya besar kerana itulah sumber rezeki saya.

“Tapi Allah jaga. Alhamdulillah. Mohon doa semua agar proses penyembuhan dipermudahkan dan keadaan kembali normal secepat mungkin,” luahnya.

Tambah pelantun lagu Rahsia Tuhan itu, perasaan bimbang tetap menyelubungi dirinya memandangkan jadual persembahan sudah sedia menanti dalam masa terdekat.

“Risau itu memang ada sebab ada persembahan hujung minggu ini.

“Namun saya sangat berterima kasih kepada semua yang mendoakan, keluarga serta sahabat terdekat,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, bapa satu anak itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang setia berada di sisi sepanjang tempoh rawatan.

“Terima kasih Abah sebab hantar dan ambil saya. Terima kasih Mummy serta Yaya yang menjaga Tara dan Athira di rumah.

“Buat anggota Hujan Band dan Suffren, terima kasih kerana datang beri kejutan. Tidak dilupakan juga warga UKM Specialist Centre yang menjaga saya dengan baik.

“Sebenarnya malas nak cerita, tapi AG Coco kongsi gambar ketika melawat saya. Saya pula penat nak jawab satu persatu,” jelasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada rakan artis serta peminat, rata-rata menitipkan doa agar Noh kembali pulih dan dapat meneruskan kerjaya seni seperti sediakala.

Ruang komen dibanjiri kata semangat, sokongan serta ucapan agar penyanyi itu diberi kesembuhan segera dan dilindungi sepanjang proses pemulihan.   

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuhanis 21-1-2026 03:48 PM
lagu noh angin kencang best betul kan

tiberrr aku



Quote telracs 21-1-2026 03:55 PM
Maaf ya...
Meols ni lambat pick up...

Noh Salleh dan Noh Hujan ni orang yang sama, kan?
Meols kompius sebab muka dia lain...

Semoga cepat sembuh luka pembedahan...

Nyanyi adalah sumber rezeki, tapi boleh je buat kerja yang lebih baik sekiranya pembedahan mendatangkan kesan mudarat pada masa akan datang...
Quote xtahumenahu 21-1-2026 04:54 PM
heols ni cam aku laaaa..xmo nk kepoh2 sbb xmo org tauu...senyap2 je sakit ke..besday ke...
Quote fattymah 21-1-2026 05:16 PM
Kiranya operate kat leher bawah dagu la eh.. untuk tulang tengkuk.. interesting
Quote af_mania 21-1-2026 05:17 PM
telracs replied at 21-1-2026 03:55 PM
Maaf ya...
Meols ni lambat pick up...



Tak sama uols. Noh hujan tu vokalis kump hujan.
Noh salleh pulak yg popular dgn angin kencang & rahsia tuhan.
Saja tanye, uols gen Z ke?
Quote telracs 21-1-2026 05:29 PM
af_mania replied at 21-1-2026 05:17 PM
Tak sama uols. Noh hujan tu vokalis kump hujan.
Noh salleh pulak yg popular dgn angin kencang & ra ...

Mampu google jer...
Uols rasa?

Quote MissVixen 21-1-2026 05:48 PM
af_mania replied at 21-1-2026 05:17 PM
Tak sama uols. Noh hujan tu vokalis kump hujan.
Noh salleh pulak yg popular dgn angin kencang & ra ...

Uols ni menganjing ke. Buat aku jadi konfius pulak.
Quote prince_marhaen 21-1-2026 06:04 PM
telracs replied at 20-1-2026 09:55 PM
Maaf ya...
Meols ni lambat pick up...

Tak sama dik,

Noh Hujan yang kahwin dengan Mizz Nina, ada anak seorang.

Noh Salleh ni baru je kahwin haritu baru dapat anak seorang.

.
.
.
.
.
.
.
.


Quote telracs 21-1-2026 06:18 PM
Ini je satu lagu Hujan yang saya tahu...

Pagi yang gelap, kini sudah terang
Aku adikmu dan engkau abang


[youtube]aSqt9Wk9MmM?si=r8c3uokICSPL3e_M[/youtube]
Quote telracs 21-1-2026 09:09 PM
Jom la singgah... tinggal lagi 10 hari untuk claim kredit di sini :

SELAMAT DATANG 2026

BIRTHDAY JANUARY

Lai... Lai...
Quote ninnamina 21-1-2026 09:30 PM
Aku tengok sekali imbas tadi ingat haze pengacara tu..  
Quote besarkecik 21-1-2026 09:39 PM
ingatkan besar lain mah
Quote dua_chzy 21-1-2026 09:43 PM
Dia live duet dengan acik Siti, best.
Quote seibei 21-1-2026 11:39 PM
yg kita tgkla, bila noh dgn band hujan, noh ni mcm poyo. tp bila noh salleh, agak cool. dan musik pun lain.
gws noh.
Quote hyie 22-1-2026 02:31 AM
telracs replied at 21-1-2026 03:55 PM
Maaf ya...
Meols ni lambat pick up...

iye acik, orang yang sama
Quote Homewrecker 22-1-2026 05:22 AM
Get well soon!
Quote lasagna 22-1-2026 09:15 AM
ninnamina replied at 21-1-2026 09:30 PM
Aku tengok sekali imbas tadi ingat haze pengacara tu..

ko jangan, kang haze baca merentan dia
Quote Purestteam1 22-1-2026 09:16 AM
seram plak tengok.. cam kena sembelih

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040080 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top