CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi kemalangan dahsyat kereta api di Sepanyol, seorang terbunuh empat parah

21-1-2026 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9342| Komen: 0

 



BARCELONA – Seorang terbunuh, manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta api merempuh runtuhan tembok dekat Barcelona semalam, nahas tren kedua yang membawa maut di Sepanyol dalam masa cuma beberapa hari.

Nahas terbaharu itu menimbulkan lebih banyak persoalan tentang tahap keselamatan kereta api Sepanyol selepas 42 orang terbunuh dan lebih 120 yang lain cedera dalam kemalangan dua tren berkelajuan tinggi di rantau Andalusia, Ahad lalu.

“Pada hari Selasa,  tembok penahan runtuh menimpa landasan, menyebabkan sebuah kereta api penumpang  kemalangan di perbandaran Gelida, kira-kira 40 kilometer ke barat Barcelona, ​” kata pihak berkuasa di media sosial.

Pekerja-pekerja  kecemasan meninjau bangkai gerabak kereta api tergelincir yang hancur, demikian menurut wartawan AFP di lokasi kejadian.

Jurucakap perkhidmatan bomba wilayah Catalan, Claudi Gallardo memberitahu pemberita: “Empat orang  parah dan seorang meninggal dunia di dalam kereta api itu yang menuju ke Barcelona. ​​Penumpang di gerabak pertama paling terus terjejas.”

Pengendali tren  komuter di rantau itu, Rodalies de Catalunya berkata, mangsa yang maut  ialah pekerjanya.

Perkhidmatan kecemasan Catalan  merawat 37 orang yang kebanyakannya cedera ringan, dengan 20 ambulans berada di tempat kejadian. 

Badan yang menguruskan infrastruktur kereta api Sepanyol, Adif berkata, tembok itu runtuh semasa ribut, manakala perkhidmatan komuter Catalan masih digantung. – AFP   


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037240 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top