CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Titah Agong: SPRM tidak pilih bulu, tidak hanya siasat ‘bilis’

21-1-2026 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17486| Komen: 11

 



SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tidak memilih bulu atau pangkat dalam menjalankan siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketelusan SPRM sebagai badan pencegah rasuah telah dibuktikan sejak beberapa tahun lalu.

“Kami tidak akan memilih kasih, memilih bulu dan sebagainya tanpa mengira kelas seseorang dan ini sebenarnya telah dibuktikan SPRM sejak beberapa tahun lepas lagi.

“Kalau ada masyarakat yang masih memandangkan kami hanya menyiasat ikan bilis, terpulang. Ini semua persepsi pada saya mereka hanya mahu melihat kejatuhan SPRM sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), Bandar Enstek Nilai, di sini.

Azam Baki berkata, pihak SPRM turut menjunjung titah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang tegas mahu memerangi rasuah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 semalam.

“Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong atas ucapan yang tegas mahu memastikan supaya isu rasuah, salah guna kuasa dan juga peningkatan integriti dilaksanakan dengan begitu tegas terutama oleh SPRM.

“Jadi, mandat yang kita terima ini terutama sekali daripada titah Yang di-Pertuan Agong, akan kita laksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 21-1-2026 08:52 PM
ya ya ya...
Quote kemaruk 21-1-2026 09:27 PM
ye ye ye
Quote rashiman 22-1-2026 09:21 AM
Edited by rashiman at 22-1-2026 09:22 AM

Bila nak selesai siasat...?

Puad persoal mengapa Zeti belum disiasat


Oleh
Khairulanuar Yahaya -

29 April 2024





Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz masih belum disiasat berkaitan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd. Puad berkata, nama Zeti telah banyak kali disebut dalam perbicaraan berkaitan kes berkenaan.


Menurutnya, pelbagai pihak seolah-olah lupa kenyataan yang dibuat oleh saksi utama pendakwaan Jasmine Loo Ai Swan ketika disoal peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 4 April lalu.

“Dia saksi pendakwa kes 1MDB. Dia sahkan Jho Low sebut nama Zeti banyak kali. Jho Low dakwa akan ‘uruskan’ Zeti kalau wujud masalah antara 1MDB dengan Bank Negara.

“Sebelum itu Joanna Yu, Pengurus Ambank turut mengaku Jho Low sering beritahu dia bahawa Zeti rapat dengan Jho Low sehingga mungkin telah bercuti bersama.

“Semua pengakuan itu dibuat dalam mahkamah. Sampai sekarang Zeti tidak disiasat walau timbul banyak persoalan,” kata Mohd. Puad dalam kenyataan.

Tambah Mohd. Puad, media turut melaporkan keluarga Zeti menerima RM700 juta daripada penjenayah utama dalam kes 1MDB, Jho Low.

“Apatah lagi The Edge melaporkan Jho Low membayar RM700 juta ke akaun bank keluarga Zeti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis Singapura sahkan RM65 juta telah dikembalikan.


“Malangnya mahkamah tidak benarkan Najib memasukkan bukti ini dalam kes SRC. Hingga kini Zeti tidak disiasat? Apakah kena buat laporan polis baru disiasat? Sebab itu siasatan terhadap Najib adalah siasatan selektif,” kata Mohd. Puad.

Media sebelum ini melaporkan, polis Singapura pernah membuat makluman kepada BNM berhubung transaksi mencurigakan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada syarikat milik suami dan anak lelaki Zeti Akhtar Aziz, ketika dia masih menjadi gabenor bank tersebut.

Laporan The Edge menyatakan dokumen dan komunikasi daripada Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) pada 2015 dan 2016 ada mengongsikan maklumat transaksi melibatkan Iron Rhapsody Ltd kepada BNM.

Zeti hanya bersara daripada BNM pada April 2016.

Menurut laporan itu, transaksi dibuat pada 2008 dan 2009 dan dimaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016, apabila CAD mula menyiasat transaksi yang berkaitan 1MDB.

The Edge berkata dokumen yang dikongsikan CAD kepada pihak Malaysia menunjukkan akaun Iron Rhapsody di bank UBS Singapura menerima AS$16.22 juta daripada syarikat atau akaun yang berkaitan dengan Jho Low. – MalaysiaGazette









Quote kemaruk 22-1-2026 09:23 AM
rashiman replied at 22-1-2026 09:21 AM
Bila nak selesai siasat...?

Kantoinya zeti ni sebenarnya plot twist yang takleh diterima oleh pembenci najib.. dorang buat2 tak nampak je

Kalau zeti disiasat, maka hancur la naratif najib songlap 1mdb yang selama ni didendang
Quote rashiman 22-1-2026 09:30 AM
kemaruk replied at 22-1-2026 09:23 AM
Kantoinya zeti ni sebenarnya plot twist yang takleh diterima oleh pembenci najib.. dorang buat2 ta ...



maknanya, boleh dipercayai ke...kenyataan tidak pilih bulu...
Quote kemaruk 22-1-2026 09:34 AM
rashiman replied at 22-1-2026 09:30 AM
maknanya, boleh dipercayai ke...kenyataan tidak pilih bulu...

Sudah terang lagi bersuluh

YTJT
Quote KamikuP 22-1-2026 02:29 PM
Sementara itu SC dan Bursa diam tak berkutik
Quote terma2nkondisi2 22-1-2026 11:00 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 22-1-2026 11:02 PM
rashiman replied at 22-1-2026 09:21 AM
Bila nak selesai siasat...?


kepelikan isu ni dtg dari semua pihak

jho low ntah ada kat mana la sekarang ni.. nik faisal pun hilang ntah kat mana

azam baki pun patut dikenakan tindakan.. begitu juga dgn apandi ali

aku sokong je kalau pihak berkuasa ambil tindakan pada zeti aziz bagi merungkai segala persoalan yg masih ada

tapi dlm masa yg sama, najib razak pun tak ambil apa2 tindakan yg proaktif masa isu berkaitan 1mdb ni jadi hangat gila2 dulu.. sekarang pun najib dah akui yg duit rm42j tu bukan dana derma yg dtg dari arab saudi
Quote kemaruk 23-1-2026 12:46 AM
terma2nkondisi2 replied at 22-1-2026 11:00 PM
kepelikan isu ni dtg dari semua pihak

jho low ntah ada kat mana la sekarang ni.. nik faisal pun h ...

Jangan keliru ye

Najib cakap duit rm42 juta tu bukan dari derma arab

Tapi derma arab tu memang wujud

Duit derma arab tu pon kena cuci oleh jho low
Quote ipes2 23-1-2026 03:15 AM
terma2nkondisi2 replied at 22-1-2026 11:00 PM
kepelikan isu ni dtg dari semua pihak

jho low ntah ada kat mana la sekarang ni.. nik faisal pun h ...

jho low ada kat china kan?
ke hong kong?
dua2nya china la kan
Quote aint 23-1-2026 06:17 AM
ari tu sapa ye yg ada saham juta2 tapi tak ngaku... konon saham tu adik punya cuma simpan pakai nama dia...

leh lak terima alasan tu... cuba kalo org len bg alasan yg sama... dh pakai baju oren

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.166978 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top