CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasuah: Tiga termasuk bekas Panglima Angkatan Tentera dan Tentera Darat dituduh di mahkamah mulai esok

21-1-2026 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19538| Komen: 20

 



Kuala Lumpur: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan seorang wanita yang disiasat berkaitan rasuah serta salah guna kuasa akan dituduh di mahkamah bermula esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya memperoleh izin Peguam Negara untuk mendakwa Tan Sri Mohd Nizam Jaafar (bekas PAT), Tan Sri Hafizuddiean Jantan (bekas PTD) dan Salwani Anuar yang juga isteri Hafizuddiean.

Katanya, Hafizuddiean dan Salwani masing-masing akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, esok terhadap empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

"Hafizuddiean akan turut didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat ini.

"Manakala, isterinya akan menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta yang sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan," menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

 Sementara itu, SPRM berkata, Mohd Nizam akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada Jumaat, membabitkan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

"Beliau juga menghadapi satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan," kata SPRM.

SPRM memaklumkan bahawa siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera (ATM) kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Sumber : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 21-1-2026 06:32 PM
Good luck
Quote renko 21-1-2026 06:56 PM
wowww patut gelupur pencen aritu
hahahahaha
Quote shamsadis 21-1-2026 07:06 PM
soalan yang tidak dapat dijawab, 'macam mana boleh dapat barang-barang mewah ni berbanding dengan gaji sedia ada'?

hanya pakar manikam dapat putar
Quote Kiahlemau 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye
Quote L.U.S.M 21-1-2026 07:35 PM
Org suruh ko jaga negara rupanya ko la pengkhianat negara
Quote sharlenetexas 21-1-2026 08:16 PM
Apa kes dengan IJM tu? Takde thread ke?


Quote sharlenetexas 21-1-2026 08:17 PM
Kiahlemau replied at 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye

Patutlah menantu rilek je public ig mcm takde pape berlaku.


Quote tumpanglalu74 21-1-2026 08:55 PM
Kiahlemau replied at 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye

Sujud sukkorr sis..

Pak lancap tu pon kene ye?  Bukan aku yang pitenoh ye.  Chegubard yang kata ade bukti bedio ape sume.
Quote silance 21-1-2026 09:37 PM
Kesian first wife kena pakai baju oren ari tu.
Quote delia3003 21-1-2026 10:01 PM
Nasib baik u dan l tak join. Takut nak komen lebih.
Quote sukagosip77 21-1-2026 10:02 PM
Kiahlemau replied at 21-1-2026 07:33 PM
Jadi first wife si bekas ptd tu tak kena la ye

Takkan lah first wife tak tau. Nmpk beno nipunya. Branded head to toe
Quote airfilterkotor 22-1-2026 02:55 AM
PAT pun sangkut jugak.
Quote akukah 22-1-2026 07:46 AM
sukagosip77 replied at 21-1-2026 10:02 PM
Takkan lah first wife tak tau. Nmpk beno nipunya. Branded head to toe

Dia maybe tau. Tapi bukan dia sendiri yang terlibat ambil rasuah. yang 2nd wife tu maybe dia sendiri yg terlibat. Sbb tu kena dakwa sama dgn PTD
Quote supernaturalee 22-1-2026 07:56 AM
sukagosip77 replied at 21-1-2026 10:02 PM
Takkan lah first wife tak tau. Nmpk beno nipunya. Branded head to toe

jadi saksi kot
Quote mariane 22-1-2026 11:15 AM
berita kata salwani nie isteri ke-3, lah ku ingatkan 2, rupenyer 3.
Quote KamikuP 22-1-2026 03:18 PM
kU SANGKA DUA, RUPANYA 3.. tRULY aBG jAMIL PENYAKAU NEGARA
Quote Gigihadidnt 22-1-2026 05:07 PM
KamikuP replied at 22-1-2026 03:18 PM
kU SANGKA DUA, RUPANYA 3.. tRULY aBG jAMIL PENYAKAU NEGARA

Geng geng uniform ni suka betul berpoligami
Quote Nurul8001 22-1-2026 05:54 PM
Edited by Nurul8001 at 22-1-2026 06:08 PM
Gigihadidnt replied at 22-1-2026 05:07 PM
Geng geng uniform ni suka betul berpoligami


Geng2 Pak Lebai, Ustaz ustaz pun ramai je Poligami. Cikgu2 pun ramai.
Pendek kata, selagi pekerjaan tu ada lelaki,
ramai la jugak wakil pengamal poligami
Sebab "boleh" , kata demer.

Macam org kata, ramai betullll nama "Muhammad" buat jahat.
Sebab ikut statistic, "Muhammad" kat Malaysia, lebih ramai berbanding "Wong" dan "Siva"
Begitulahh.

Quote Gigihadidnt 22-1-2026 06:37 PM
Nurul8001 replied at 22-1-2026 05:54 PM
Geng2 Pak Lebai, Ustaz ustaz pun ramai je Poligami. Cikgu2 pun ramai.
Pendek kata, selagi pekerjaa ...

Hahahah saya bekas cikgu. Cikgu pun banyak yang gatal tambah tambah lagi yang dah kahwin. Tak padan dengan umur, lagi nak menggatal tambah2 dengan cikgu baru and cikgu practical!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top