CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyza Aznan Pilih Berhijab Untuk Nampak Mahal

24-1-2026 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21459| Komen: 1

 


Pelakon Amyza Aznan berkata keputusannya untuk berhijab pada hujung tahun lalu dibuat atas kerelaan hati bukan disebabkan dugaan hidup seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Memetik mStar Online, Amyza berkata perubahan tersebut dilakukan untuk untuk mendekatkan diri kepada Tuhan serta dilihat lebih bernilai di mata banyak pihak.

“Saya memakai tudung ini memang tiada apa-apa dorongan. Bila bertudung, baru saya sedar yang jika Allah berkehendak, ia akan terus berlaku.

“Ada yang kata saya pakai tudung sebab ujian-ujian yang saya hadapi. Tapi tidak. Yang buatkan saya seperti ini sekarang (memakai tudung) adalah saya mahu buatkan diri-diri saya nampak mahal. Anak-anak mahukan itu. Mereka sangat suka bila saya pakai tudung,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai penghijrahannya kerana tidak mahu menimbulkan salah faham di kalangan netizen.


“Apa yang buat saya berhijab, tidak perlu dikongsi berlebihan kerana bimbang akan timbul banyak pandangan dan perbalahan.

“Kita tahu keadaan sekarang macam mana, masing-masing ada pendapat sendiri. Jadi, saya ambil keputusan untuk simpan sendiri sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza berkata meskipun sudah berhijab kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan sebelum ini juga dia sememangnya menjaga batas dalam lakonan.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada dan dari segi batasan pula, sebenarnya sejak sebelum berhijab lagi saya memang sudah menjaga batas.

“Melainkan ada babak kasar,itu terpaksa dilakukan. Namun selepas berhijab sekalipun masih mudah bekerjasama kerna mereka juga tahu menjaga batas,” katanya.

Sumber : mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 26-1-2026 12:53 PM
Semoga istikhamah ye kak..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.140919 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top