CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Idam Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza - "Tapi macam takut tak layan jadi kita senyap sahajalah"

24-1-2026 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21435| Komen: 7

 


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia berhasrat untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Memetik Astro Gempak, Aliff berkata dia pernah membuat permintaan berduet dengan penyanyi Ziana Zain namun belum menerima maklum balas.

Menurut Aliff lagi, dia mahu menghubungi Siti namun segan serta menghormati jadual padat penyanyi yang baru saja selesai konsert.

“Saya sebenarnya ada buat permintaan nak minta berduet dengan Ziana Zain tapi Ziana belum memberikan respon lagi, saya dah tunggu lama.

“Pengurus saya dah approach Ziana dalam bulan lepas, tapi masih menunggu keputusan dia. Nak minta kat Siti Nurhaliza tapi macam takut tak layan jadi kita senyap sahajalah.

“Menghormati dia sebab konsert dia banyak sangat kan. Sekarang pun difahamkan Datuk Siti tengah sibuk di Dubai, berehat di sana,” katanya.


Sementara itu, Aliff menganggap impian tersebut adalah satu angan-angan serta berseloroh dapat menyanyi di bahagian hujung lagu bersama penyanyi itu pun tidak mengapa.

“Kepada Siti Nurhaliza, saya bermimpi sahajalah kan angan-angan tak pernah salah kan. Tapi lagu saya semua trending.

“Siti Nurhaliza, saya teringin sangat nak buat lagu dengan awak. Awak sudilah buat lagu dengan saya, buat lagu raya sedikit sahaja pun jadilah.

“Kalau tidak boleh bahagian penuh, dapat yang hujung pun tidak mengapa. Bolehlah, sedikit sahaja saya mahu berduet. Bagilah impian saya tertunai sebelum saya mati,” katanya.


Sumber : Astro Gempak, rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 25-1-2026 07:48 AM
Kalau tidak boleh bahagian penuh, dapat yang hujung pun tidak mengapa. Bolehlah, sedikit sahaja saya mahu berduet. Bagilah impian saya tertunai sebelum saya mati,” katanya.


Halah halah....ni jantan Islam menyelam ke..beriya suruh anak bini pki tudung sbb nk jaga aurat.Hbs tu suara bukan aurat ke...nyanyian sah2 lagho
Quote kitaserupaaa 25-1-2026 10:09 AM
Aku rasa tokti la paling tak memilih duet partner masa event2. Pernah tgk tokti duet lagu bagaikan sakti dengan mc wedding, duet dgn penyanyi laki lagu senandung melaka, duet lagu senja nan merah dengan anak awie, duet dengan live band event. Pernah juga duet dengan apek dulu2
Quote KamikuP 26-1-2026 03:50 PM
Nampak tak permainan toklip, bila buat lagu dgn Tokti akan trending kat YT dapat le dia duit mahupun royalti kat spotify.. tak gitohhhhh
Quote MatDeghem 26-1-2026 04:21 PM
sekarang kan dah rakan sekerja dgn anak menantu tiri Jah Iti. kabel kuat. boleh punya....
Quote Tinot7 26-1-2026 04:54 PM
Rasa mcm takleh jahh.. tokti for sure habaq schedule ketat, takde masa..
Quote ZORRO5555 26-1-2026 09:44 PM
Belut sakit mental
Quote ninja boy 26-1-2026 10:58 PM
Duit punya pasal apa pun boleh menempel tokti janji duit duit duit masuk

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.112739 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top