CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Semua Wanita Dalam Rumah Saya Wajib Bertudung” - Aliff Syukri

24-1-2026 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21449| Komen: 5

 


Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia menerapkan didikan tegas berkenaan batas pergaulan anak-anak. 

Memetik HibGlam, Aliff berkata dia bimbang melihat masalah sosial dalam kalangan remaja tambahan pula beberapa pekerja lelaki keluar masuk rumah mereka hampir setiap hari.

Sementara itu, Aliff berkata meskipun ada anak perempuannya masih kecil namun dia menekankan untuk menjaga pergaulan serta tidak rapat dengan pembantu peribadinya.

“Dalam rumah saya biasanya ada 15 orang termasuk isteri, Datin Seri Shahida, enam anak dan lima pembantu peribadi (PA) lelaki yang setiap hari keluar masuk. Jadi, yang wanita memang diwajibkan bertudung.

“Anak-anak saya pula masih kecil dan bermanja-manja pula dengan PA. Walaupun belum haram lagi, saya tak mahu mereka terbiasa. 

“Sebab bagi saya perempuan bila sudah mula manja tergedik-gedik nanti akan terbawa-bawa sampai ke besar. Tiba-tiba Raudah (anak) bermanja-manja pula dengan PA saya, memang saya mengamuk.


“Kemudian Raudah mengadu pada kakaknya, Qadejah sebelum dinasihatkan perlu jaga batas dan sebagainya. Tapi saya tak rekod keadaan ketika mengamuk itu,” katanya. 

Sementara itu, Aliff berkata dia tiada niat untuk mengongkong kebebasan anak-anaknya namun apa saja aktiviti dilakukan perlu memaklumkan kepadanya.

“Saya sendiri takut bila tengok gejala sosial semakin berleluasa, apatah lagi saya ada dua anak perempuan.

“Contohnya Qadejah kalau nak keluar, memang akan ada adik-beradik dia ikut. Kalau Ammar Ahyan pula, setiap kali dia keluar memang akan hantar mesej seperti ‘proposal’, maklumat secara terperinci. Memang ada banyak benda tak elok berlaku di luar sana, kami kena berjaga-jaga dan tegas,” katanya.

Sumber : HibGlam, rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 25-1-2026 12:33 AM
bagus la tok
tp tok pun kena jaga batas Raya tahun ni jgn nak menyotong lagi hiks
Quote sharlenetexas 25-1-2026 01:44 AM
Baguslah set limit batas pergaulan anak beranak. Tapi bapaknya kena tunjuk contoh yang betul. Bapaknya pulak bergaul bebas dengan pondan dan sotong2 meliuk lintuk.


Quote sharlenetexas 25-1-2026 01:45 AM
Adakah akan ada komen lanjutan daripada nekta?


Quote L.U.S.M 25-1-2026 07:43 AM
Yela semua kena behave kena ikut ajaran Islam tp ko sendiri menyotong siap memondan dgn sajat tu apa mende...siap lagu dgn sajat dgn lucinta luna apa bagai...tu apa lip?
Quote L.U.S.M 25-1-2026 07:44 AM
Edited by L.U.S.M at 25-1-2026 07:45 AM
sharlenetexas replied at 25-1-2026 01:44 AM
Baguslah set limit batas pergaulan anak beranak. Tapi bapaknya kena tunjuk contoh yang betul. Bapakn ...


Biasala family terpalinggggg....ingat nk kata setiap org dlm rumah saya wajib solat...tutup surat..rupanya tudung...

Anak sendiri pun xsapot perangai bapak..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.028126 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top