|
Bukan sahaja orang ramai, aktres Puteri Balqis turut meraih sokongan dan doa daripada beberapa selebriti tanah air berhubung kemelut dengan pelakon Mia Sara Nasuha semalam. Antara selebriti yang menzahirkan kata-kata semangat buat Puteri Balqis, 18, ialah Datin Paduka Umie Aida dan Zara Zya. Umie dalam satu hantaran media sosial memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengganggu Puteri Balqis yang dianggap sebagai pelakon berbakat besar. “Sayang ibu Puteri Balqis. Saya sayangkan dia. “Dia pelakon hebat dan anak yang baik. Jangan sesiapa kacau dia,” katanya. Sementara Zara pula dalam platform Threads menyifatkan Puteri Balqis sebagai gadis yang menyenangkan. “Saya pernah bekerjasama dengan Puteri Balqis. Dia jenis tak banyak cakap dan fokus dengan urusan sendiri. “Bagi saya, dia juga seorang yang matang dan baik,” ujarnya.
Sejak semalam, nama Puteri Balqis menjadi bualan paling hangat dalam media sosial apabila dilaporkan membuat pendedahan dengan mendakwa Mia Sara terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti berparti di kelab malam, minum alkohol dan mengambil bahan terlarang. Dia juga menyeru Mia Sara tampil bagi menyelesaikan kemelut antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. Sumber – KOSMO! ONLINE |


penmerah replied at 25-1-2026 01:26 PM
Kalau nenek ni punya statement....usahlah percaya
Makhluk yg dia sokong tulah akak akan tolak 100%
...

L.U.S.M replied at 25-1-2026 10:12 PM
Dulu je baik..skrg kaki carut semua ada...
Sama dgn si mia ni..terkejut tgk rupa n dgr suara dia.. ...

aammyy replied at 25-1-2026 11:26 PM
Suara dia mmg mcm tu sejak kecik kan. Serak gitu. Tapi amboi kukuuuu. Mana tak breakout kalau kuku ...


lanacondor replied at 25-1-2026 07:17 PM
Dlm islam bila ada 2 org bergaduh, org ke 3 ni akan jadi pendamai. Bukannya suruh hang jadi team A o ...
ADVERTISEMENT