CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia maju tanpa hilang jati diri bangsa Melayu – Anwar Ibrahim

25-1-2026 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35223| Komen: 3

 


SUNGAI PETANI – Kerajaan akan terus memacu negara sebagai sebuah negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia tanpa mengabaikan jati diri bangsa Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan pesat negara dalam bidang teknologi, digital dan kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya menyebabkan rakyat melupakan sejarah, budaya dan nilai yang menjadi asas pembentukan negara.

“Kita akan terus bekerja memastikan Malaysia muncul sebagai negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia tetapi kita juga mahu negara ini berakar ke bumi.

“Orang Melayu tidak hilang jati diri, mengangkat martabat dan darjat bangsa. Menimba ilmu yang baharu, tetapi masih berakar kepada sejarah bangsa termasuk seni silat yang anak-anak baru perkasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara 2026 di sini hari ini.


Anwar berkata, pendekar Madani yang ingin dilahirkan bukan sahaja perlu mahir dalam seni persilatan, malah cemerlang dalam bidang akademik dan berilmu pengetahuan.

“Pendekar Madani mesti juga pintar di sekolah dan berilmu serta menunjukkan keputusan yang cemerlang. Mudah-mudahan anak-anak faham bahawa dunia berubah dan mesti ada kekuatan ilmu, mesti ada kefahaman tentang teknologi.

“Kita mesti tahu semua itu tetapi apa bezanya? Kita berakar kepada bumi kita, tidak hilang budaya Melayu kita, tidak lupa jati diri dan sejarah bangsa serta liku-liku perjuangan dalam mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Tambahnya, seni persilatan bukan sahaja dapat melahirkan pendekar yang tangkas, malah membentuk keperibadian dan akhlak yang tinggi.

“Kekuatan berasaskan keyakinan kita tetapi mesti terpancar lahir daripada akhlak yang baik, bukan angkuh, bukan sombong dan bukan dengan ada sedikit latihan menunjukkan keangkuhan kita.

“Lagi hebat latihannya dan lagi gagah perkasa dirinya, lebih hormat dan memuliakan orang lain, rendah diri dan lagi tawaduk,” tambahnya. 
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-1-2026 03:19 PM
negara agak maju tapi melayu maju ka? sebenarnya banyak aspek budaya melayu yang kena kikis kalau nak maju
Quote kemaruk 25-1-2026 05:27 PM
Setuju dengan anwar

Melayu sebagai pemilik malaysia takkan hilang jati diri mereka

Kerana malaysia = literally bermaksud land of the malays
Quote PULANGKAN 26-1-2026 01:36 AM
aaa rindunya nak training silat macam dulu2..
iols tak join sparring, tapi practice bunga and buah je la.
yang paling best. sesi stretching badan, 1 jam setengah paling kurang. habis la cikgu, kawan2 tarik tangan kaki, lentok badan bagai supaya flexible. tapi rasa segar betul, darah berjalan lancar. sihat

ni dah tua, tak larat weyy. tapi iols bukak bunga je la waktu free. ala-ala taichi kekdahnya. itupun kuda2 dah tak kuat, sakit lutut oh dear..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.031886 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top