CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ajar orang tunggang basikal mampu jana pendapatan RM155,000

25-1-2026 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36002| Komen: 4

 


BEIJING – Seorang pelajar sarjana di Shanghai memperoleh pendapatan sebanyak 270,000 yuan (RM155,000) sepanjang dua tahun lalu dengan mengajar orang dewasa cara menunggang basikal, lapor laman berita VnExpress semalam.

Menurut laman berita South China Morning Post, Li Longshun yang mengambil jurusan pendidikan sukan di Universiti Sukan Shanghai berkata, dia telah mengajar kira-kira 700 individu berusia antara empat hingga 68 tahun.

Kebanyakan pelajarnya berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an, dengan kira-kira 70 peratus adalah wanita.

Dia pernah memperoleh sehingga 2,100 yuan (RM1,200) dalam sehari.

Longshun berkata, idea tersebut tercetus beberapa tahun lalu apabila dia dan seorang rakan menyedari tentang kekurangan khidmat pengajaran menunggang basikal secara profesional, khusus untuk orang dewasa.

Pada mulanya, mereka merancang untuk memulakan perniagaan bersama, namun kerjasama itu berakhir selepas rakannya memperoleh pekerjaan tetap di Shanghai.


Longshun kemudiannya meneruskan usaha itu secara bersendirian, bermula dengan berkongsi video pengajaran di media sosial yang dengan pantas menarik perhatian ramai.

“Ramai orang takut menunggang basikal kerana kesan psikologi akibat terjatuh semasa zaman kanak-kanak,” katanya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-1-2026 03:16 PM
datuk azizul boleh amik idea ni. ada ajar wheelie ka?...
Quote kemaruk 25-1-2026 05:52 PM
Ada je cara nak cuci duit
Quote ninja boy 25-1-2026 08:50 PM
China apa saja boleh buat duit, katak serangga daun2 akar2 ubat cina etc bikin duit
Quote Tinot7 26-1-2026 02:14 AM
Senang betui buat duit kat sana

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.048219 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top