CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ternak babi: Belum ada kelulusan, kebenaran merancang di Bukit Tagar - Ng Suee Lim

25-1-2026 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36983| Komen: 3

 


KLANG – Pelaksanaan cadangan pembinaan ladang babi berpusat di Bukit Tagar, Hulu Selangor belum ada sebarang kelulusan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) setakat ini.

Ini termasuk permit atau kebenaran merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada syarikat yang bersedia membangunkan ladang babi berkenaan.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menasihatkan supaya projek itu dibatalkan.

“Jadi, kita sedang menunggu makluman daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi mengadakan perbincangan lanjut (di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Tiada masalah, kita akan berbincang. Namun, di peringkat PBT belum ada perkembangan lanjut lagi,” katanya selepas merasmikan Fiesta Kampung Baru Selangor 2026 di sini, hari ini.


Semalam, Anwar menyarankan supaya projek ladang babi berskala besar itu dibatalkan susulan keresahan masyarakat pelbagai kaum dan turut menekankan nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-1-2026 03:11 PM
Sedangkan PATI pun pandai buat penempatan tersorok siap sekolah, kedai tanpa dikesan tak kan susah sangat industri babi nak cari tapak.
Quote kemaruk 25-1-2026 06:03 PM
Aisehmen

Malaysia terlepas menikmati kemajuan teknologi babi jerman
Quote kemaruk 25-1-2026 06:04 PM
Betul la tu isu babi dan isu budak sekolah masuk awal tu smokescreen jah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.028540 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top