CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Thalita luar biasa, terbang tinggi anakku’ - Shuib

25-1-2026 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38840| Komen: 3

 


Bangga dengan pencapaian anak, pelawak Shuib tidak dapat menyembunyikan rasa bangga melihat perkembangan seni puterinya, Thalita.

Pada masa sama, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, mengimbau kembali cabaran awal yang dihadapi Thalita yang menerima kritikan mengenai vokal ketika awal menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

“Di awal kemunculan Thalita, setahun lepas (awal 2025) ramai yang cakap dia tak boleh nyanyi, tiada bakat.

“Tapi Allah Maha Besar, Allah mudahkan perjalanan Thalita dalam masa setahun ini.

“Satu-satu perkara baik sampai dan satu-satu tahap dia naik. Semuanya atas doa dan usaha,” katanya dalam hantaran TikTok.

Tambahnya, kecekalan hati anak keduanya itu disifatkan mempunyai keazaman luar biasa kerana enggan mengaku kalah walaupun dihujani kecaman terhadap nyanyiannya.

“Thalita ini ada benda yang luar biasa tentang dia. Dia buat sesuatu bersungguh-sungguh, susah untuk ‘give up’ (putus asa).


“Lagi orang kata tak boleh, lagi dia akan buat sehabis baik,” ujarnya lagi.

Bapa kepada empat cahaya mata itu turut berjanji akan sentiasa menjadi tulang belakang utama yang akan terus menyokong Thalita mengejar impian dalam bidang seni.

“Insya-Allah ramai yang mendoakan Thalita, terus terbang anakku.

“Selagi daddy, mummy dan keluarga akan sentiasa ada untuk Thalita. ‘I love you’ (saya sayang awak),” luahnya.

Baru-baru ini, pemilik nama lengkap Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, berpeluang berduet lagu Seluruh Cinta bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan pada majlis pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026.

Rata-rata memuji persembahan Thalita yang dianggap banyak perubahan selain perwatakannya yang matang di atas pentas.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 25-1-2026 02:19 PM
Dear Shahmira, we don't really care about your whole family.
Anak ko ke, ko ke
Bini ko ke.
X kisah, faham x.
Quote adelea 25-1-2026 02:23 PM
slyfynx replied at 25-1-2026 02:19 PM
Dear Shahmira, we don't really care about your whole family.
Anak ko ke, ko ke
Bini ko ke.

Marah betul sis ..

Tapi mmg iye pon let her success speaks laa
Sikt sikit nak update mende laaaa
Quote sukacactus 26-1-2026 02:19 AM
Sonok benau apaknya dah boleh buat duit guna ank

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069693 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top