CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Komen pun tak membantu’ – Mia Sara berdiam diserang Puteri Balqis

25-1-2026 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39736| Komen: 11

 


Pelakon Mia Sara Nasuha memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung pelbagai dakwaan yang dilemparkan pelakon seangkatannya, Puteri Balqis.

Mewakili pihak pengurusan Mia Sara, Xeno Entertainment memaklumkan bahawa pihaknya sedang menantikan waktu yang lebih tepat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab segala isu berbangkit.

“Sebenarnya kami memutuskan untuk tidak mahu komen apa-apa buat masa sekarang.

“Tidak pasti ke tahap mana isu ini akan pergi dan mengeluarkan komen pun tidak membantu.

“Sekiranya sampai masa yang tepat, serta selepas mempertimbangkan bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit,” kata jurucakap syarikat berkenaan.

Sejak semalam, media sosial panas sebaik Puteri Balqis ‘menempelak’ Mia Sara agar menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas wanita berusia 21 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya.


Dalam masa sama, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, menyifatkan tindakan Mia Sara yang mengalirkan air mata di hadapan pihak media baru-baru ini hanyalah sekadar usaha untuk meraih simpati khalayak.

Tidak terhenti di situ, Aqish turut membangkitkan semula pengalaman pahit menjadi mangsa buli yang didakwa dilakukan Mia Sara ketika mereka memulakan kerjaya dalam industri seni.

Malah, dia turut mendakwa wujud perbezaan ketara keperibadian sebenar Mia Sara dengan imej murni yang dipaparkan menerusi media sosial. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-1-2026 05:54 PM
She masih nak berlakon lagi ke?


Quote tumpanglalu74 25-1-2026 06:02 PM
Memang tak membantu dekk.  Elok la ko diam aje gitu..  Smart move.
Quote azwanaliori 25-1-2026 09:21 PM
Ko diam je dik mia biarla pb dgn mak nye meroyan terpaling tersakiti terpaling poen family. Yg penting ko tobat jgn merapu gi club tonggang arak lagi dah.
Quote L.U.S.M 25-1-2026 09:36 PM
Tak payah nk holier than thou sgtla...
Screenshot_2026-01-25-20-45-23-942_com.android.chrome-edit.jpg Screenshot_2026-01-25-19-39-22-500_com.ss.android.ugc.trill-edit.jpg

muka Megan fox pondan lorong tu yg ko idamkan...alahai...celah mana muka ko sama dgn Megan?
Kalau sama then makcik ni pun selevel Megan fox jugekksss


[youtube]r2m8MsgAsU8?si=ml05me3t6TA3mwBa[/youtube]
Quote L.U.S.M 25-1-2026 09:58 PM
Mana pergi adab dia eh...culture shock ke mcm mana

[tiktok]7063400744170360091[/tiktok]

Budak2 gen z yang jadi artis semua attitude ke laut...
Quote tumpanglalu74 26-1-2026 01:05 AM
L.U.S.M replied at 25-1-2026 09:58 PM
Mana pergi adab dia eh...culture shock ke mcm mana



Generasi bangsat!
Quote babelina 26-1-2026 09:40 AM
bagus Mia.. teruskn berdiam diri.. masing2 ada kisah silam..
Quote Login_ID 26-1-2026 09:43 AM
bagus.
better diam daripada menjawab.

agak melampau ya tiba2 serang bertubi-tubi
dan netizen terutama tiktoker bertubi2 juga keluarkan gambar yg di ambil di thread.
Quote Minami2013 26-1-2026 09:48 AM
L.U.S.M replied at 25-1-2026 01:36 PM
Tak payah nk holier than thou sgtla...

Baru perasan kat video ni gigi veneer Megan Fox wannabe ni.
Quote L.U.S.M 26-1-2026 10:07 AM
Minami2013 replied at 26-1-2026 09:48 AM
Baru perasan kat video ni gigi veneer Megan Fox wannabe ni.

MF is cisgender, identifies as bisexual and is an ally to the LGBTQIA+ community....ni ke yang si PB ni bangga muka iras?
Screenshot_2026-01-25-19-39-22-500_com.ss.android.ugc.trill-edit.jpg Screenshot_2026-01-26-10-04-54-442_com.android.chrome-edit.jpg
Hahahaha iras celah mana ntah...bare face dia dgn MF pun jauh panggang dari api...gila follower dia taksub over makeup n filter..bibir sexy waklu!hahahaha
Quote prettyuglybabe 26-1-2026 10:23 AM
dua-dua pun 2 x 5 jah..
yang netizen pun jadi batu api..
padahal masing-masing tak la suci mana nak dox ms bertubi-tubi..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.049539 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top