|
Sengketa lampau antara pelakon muda sensasi Puteri Balqis dengan Mia Sara semakin memuncak apabila dia sekali lagi membuka mulut pengalaman pahit menjadi mangsa buli didakwa dilakukan pelakon seangkatannya itu dalam industri lakonan. Begitupun, Puteri Balqis, 19, berkata kutukan dilemparkan hanya dianggap sebagai gurauan kanak-kanak malah lebih teruk apabila individu sama masih dengan sikap suka memalukan keluarganya selepas dewasa. “Ya saya dibuli set penggambaran oleh yang menganggap mereka hanya budak-budak. Tiada siapa percaya saya dibuli waktu itu. “Saya ditolak ketika nak bergambar dengan peminat dengan ayat ‘kau tak famous (popular), kami famous’. Beg buruk saya diketawakan. “Bila besar, ingatkan dah berubah. Sambung lagi dengan malukan ibu saya pula. Terima kasih. Setidaknya ada yang tahu saya tidak menipu,” katanya dalam perkongsian di TikTok.
Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu mendedahkan pengalaman lalunya sebagai maklum balas terhadap kenyataan individu dipercayai saksi berkaitan dakwaan aktres tersebut pernah dibuli pelakon Mia Sara dan Rykarl Iskandar. Menurut Puteri Balqis lagi, situasi buruk dilalui di set penggambaran memberi kesan mendalam apabila dituduh mengada-adakan pula cerita. “Pada kakak dan abang, terima kasih banyak. Saya kalau boleh tak nak ingat dah. ‘Bertahun saya mengharapkan ada yang tahu apa saya lalui (tapi) bila kami cakap, kami dikatakan suka cari gaduh. Tamat. Jadi kami diam,” ujarnya. Sebelum ini, seorang individu dalam dunia produksi memberikan komen mendakwa pernah menyaksikan sendiri situasi Puteri Balqis dibuli ketika bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan. “Masih segar dalam ingatan masa itu kami kerja dengan produksi dan buat iklan untuk satu jenama ini. Masa itu MS (didakwa Mia Sara), Aqish (panggilan Balqis) dan Ryqal dalam satu set. “Kemudian masa aku pergi tandas terdengar mereka kutuk Aqish ‘pakai mekap barang lokal, baju tak cantik’. Aqish dekat set relaks je, lepak dengan mak dia, memang baik budaknya” tulis komen tersebut. Sejak semalam laman sosial panas sebaik Puteri Balqis menyeru Mia Sara menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. Sumber – KOSMO! ONLINE |

dudaberhias replied at 25-1-2026 06:26 AM
Tapi tak sangka ya si MS ni tutup litup dari remaja. Ingatkan TV Al Hijrah sekali rhopernya Animal P ...
dua_chzy replied at 25-1-2026 02:22 PM
Gosip Mia Sara Nasuha kat Threads:
1. Minum arak
chandrahusin replied at 25-1-2026 08:08 AM
Club Trec tu dpn TRX
Mmg tempat ramai bdk² star syndrom lepak sana
Joriah replied at 25-1-2026 03:41 PM
Aqish belakon production besar. X kekwat. Wajib di ketengah kan go aqish!!
dua_chzy replied at 25-1-2026 06:22 AM
Gosip Mia Sara Nasuha kat Threads:
1. Minum arak
dua_chzy replied at 25-1-2026 04:08 PM
Katanya Trec ni dulu Zouk?
dua_chzy replied at 25-1-2026 04:08 PM
Katanya Trec ni dulu Zouk?
azwanaliori replied at 25-1-2026 08:54 AM
Part kurang didikan agama tu bukan tuduh pon tapi benda betul. Tgok anak beranak satu family terpa ...
tumpanglalu74 replied at 25-1-2026 08:15 AM
Dia dah lama ketengah dari kecik lagi. Sekarang ni dia bukan kesah dah semua tu. Dia nak tengok ...
dua_chzy replied at 25-1-2026 02:22 PM
Gosip Mia Sara Nasuha kat Threads:
1. Minum arak
chandrahusin: Zouk KL, located in the TREC KL entertainment hub on Jalan Tun Razak, it has been rebranded as Spark Club KLDr google

ADVERTISEMENT