|
Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz bersedia untuk membantu pelakon Puteri Balqis membayar kos perundangan jika dia berdepan tindakan saman. Nur Nilam berkata, dia menghormati keberanian Puteri Balqis atau Aqish apabila bersuara mengenai penderitaannya dalam bidang seni dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang baik. "Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu upah peguam yang bagus dan menanggung semua kos guaman sampai selesai untuk pastikan dia dan mak dia dibela sebaiknya. "Orang yang banyak 'luka' selalunya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam. Daripada pemerhatian saya, Puteri Balqis seorang anak yang baik. Apabila menyentuh pasal maruah dan kebenaran, hal itu memang kena dipertahankan. "Jikalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu macam mana hendak cari saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan dia tenang," katanya menerusi hantaran di Threads.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Nilam kerana sudi membantu Aqish sekiranya berdepan tindakan saman berkenaan. Terdahulu, Puteri Balqis mendakwa dia dan keluarga berkemungkinan berdepan tindakan saman akibat kontroversi membabitkan rakan selebriti. Menerusi perkongsian Instagram Story (IGs), Puteri Balqis mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang antara lain menyebut tindakan undang-undang mungkin diambil terhadap mereka. Sumber – Harian Metro |

NuansaBiru replied at 25-1-2026 04:57 PM
Terlalu banyak sampah sarap dlm industri. Ni salah satunya. Tak tau apa sumbangan dlm bidang seni, t ...
nmpk sgt into the scene
ADVERTISEMENT