|
Pelakon muda, Puteri Balqis menggesa rakan industri, Mia Sara Nasuha, supaya tampil memohon maaf kepada ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang didakwa menjadi mangsa penganiayaan dan fitnah. Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap dakwaan yang dikatakan memberi kesan mendalam kepada keluarganya, khususnya ibunya. “Mohon maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dengan mak aku? Yang kaki kelab bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100 peratus kau. “Yang gugurkan anak bukan aku, tapi kau. Aku dah dididik dengan baik, tapi aku yang sial. Hadam ayat ini,” tulisnya dengan nada tegas. Dalam hantaran sama, Aqish turut mengimbau kata-kata lama yang didakwa pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini, selain mempersoalkan sikap segelintir pihak industri yang menurutnya hanya bersuara ketika satu pihak mendapat simpati. “‘Mak kau tak didik kau ajaran agama.’ Bunyi macam biasa? Itu ayat kau. Mana artis-artis hebat yang sanjung kau waktu kau menangis, dan diam waktu kami difitnah?” luahnya. Aktres drama rantaian popular Keluarga Itu ini turut menzahirkan rasa terkilan terhadap ahli keluarga dan saudara-mara yang didakwa menjauhkan diri serta mempercayai fitnah terhadap ibunya.
“Kepada keluarga ibu aku, saudara mara ibu aku yang buang ibu aku, yang fitnah ibu aku kerana lebih percayakan bekas suaminya dan Mia Sara, yang sanggup buang darah daging sendiri kerana percayakan dua iblis ini, terima kasih, dari anaknya dan suaminya,” katanya. Sebelum ini, Aqish mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika kecil, selain mendakwa difitnah dan diperangkap sehingga mengheret keluarganya ke dalam konflik berpanjangan. Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan balas rasmi dikeluarkan oleh Mia Sara Nasuha berhubung dakwaan berkenaan. Sumber : xtra |



L.U.S.M replied at 26-1-2026 12:57 PM
Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan
1. Doxxing info account ig Mia Sara

lanacondor replied at 26-1-2026 01:00 PM
Well said chuolz..



L.U.S.M replied at 26-1-2026 12:57 PM
Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...
1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n ...
Shayang replied at 26-1-2026 02:00 PM
Muka dia yg ni dah hilang dah ke sbb mekap.
Dulu muka dia inesen je
Sampaikan masa tu aku ingat ac ...


Shayang replied at 26-1-2026 02:00 PM
Muka dia yg ni dah hilang dah ke sbb mekap.
Dulu muka dia inesen je
Sampaikan masa tu aku ingat ac ...

L.U.S.M replied at 26-1-2026 12:57 PM
Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...
1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n ...
lasagna replied at 26-1-2026 02:08 PM
dah berapa hari lamanya psal ni kat thread..
rsenya aku xkn bkk laa kot thread sekejap,
manjang kua ...
L.U.S.M: Edited by L.U.S.M at 26-1-2026 01:06 PM Pada aku aqish ni dh buat byk kesalahan undang2 ye...1. Doxxing info account ig Mia Sara, family n personal ...
L.U.S.M: Edited by L.U.S.M at 26-1-202 ...
ADVERTISEMENT