CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau perempuan kata ‘tidak’, tolong jangan paksa – Sherry Ibrahim

26-1-2026 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26971| Komen: 1

 



Pelakon Sherry Ibrahim menasihatkan golongan wanita tidak mudah mengikuti mana-mana lelaki yang baru dikenali bagi mengelakkan pengakhiran tragedi tragis.

Menurut Sherry, perkongsian pengalaman hidup dengan individu lain antara punca yang boleh menjerumus ke arah membimbangkan.

“Jangan sesekali berkongsi kisah sedih atau kelemahan dengan lelaki tak dikenali khususnya individu yang mempunyai niat tidak baik.

“Apabila mereka tahu seorang perempuan berada dalam keadaan lemah, mereka akan berpura-pura ambil berat sebelum mengambil kesempatan,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Jelasnya, rasa kasihan boleh menjadi penyebab selain memberi amaran kepada golongan lelaki tidak mengajak mana-mana wanita melakukan perkara tidak sepatutnya secara paksaan.

“Mula-mula buat kasihan kemudian ambil kesempatan dalam kesulitan. Kalau seorang perempuan berkata tidak, tolong jangan paksa!

“Kemudian selepas melakukan perkara tak baik, tergamak abai dan layan lain seperti sampah.

“Rasa marah dengan perbuatan macam ini! Perbuatan akan tinggalkan lebih impak lebih berbanding kata-kata,” katanya lagi.

Sherry bagaimanapun tidak berkongsi lanjut sama ada perkongsian tersebut mempunyai kaitan dengan mana-mana isu atau individu lain. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-1-2026 10:11 AM
Ada ke jantan ajak kau balik Ceri? ke kau yang ajak? bukan kau dah cinta mati kat kayu ke?

Kalau kayu yang ajak, mesti kau menggelitik bijik kan... sama lah ngan mangsa.
Kau pun bukan kesian sangat kau kaum sejenis kau pun kan.
Dah kena rembat pun kau feeling lagi. Siap bagi ucapan merembes lagi.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.126517 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top