CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ternak babi: Selangor batal sementara, cari ‘rumah babi’ baharu - MB

26-1-2026 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29187| Komen: 19


 



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membatalkan sementara cadangan pembangunan ladang babi berskala baharu di Bukit Tagar bagi mencari lokasi alternatif yang sesuai bagi penternakan moden berkaitan haiwan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini telah mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim mencari lokasi baharu kerana wujud penentangan kuat terhadap kawasan yang dicadangkan.

“Sebenarnya sebelum Perdana Menteri memaklumkan kepada kita pada Rabu, MMKN telah mengarahkan supaya alternatif kawasan dicari kerana kita melihat ada bantahan keras di Bukit Tagar.

“Kemudian diikuti cadangan Perdana Menteri yang kita sambut baik. Namun, kita tidak akan memaklumkan lagi lokasi-lokasi alternatif kerana belum ada keputusan muktamad.

“Tak apalah, kita tangguh dan batalkan buat sementara sebelum mendapat tapak alternatif atau kaedah lain menangani permintaan, ” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Besar Selangor Selangor di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, cadangan berkenaan masih di peringkat awal kerana Kebenaran Merancang (KM) belum dikemukakan, namun isu itu seolah-olah digambarkan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Isu ini sebenarnya masih separuh masak. KM belum dihantar, apa pun belum dihantar. Tetapi gambaran yang timbul seolah-olah hendak dipacak semalam atau hari ini.

“Kita belajar daripada perkara ini. Mungkin ada pengumuman yang terlebih awal sedangkan libat urus serta Penilaian Impak Sosial (SIA) perlu dibuat terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Amirudin, Perdana Menteri turut menghubunginya ketika beliau berada di luar negara bagi urusan pemukiman sebuah anak syarikat kerajaan negeri
bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Pada hari Rabu, Exco turut membangkitkan isu bantahan keras di kawasan dicadangkan. Saya minta supaya dicari tapak lain yang mungkin lebih sesuai dan kurang sensitif,” ujarnya.

Mengulas cadangan pembinaan fasiliti berskala besar seperti ‘hotel babi’ sebagaimana dilaksanakan di China, Amirudin menegaskan perkara itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

“Tiadalah kita hendak buat begitu. Yang kita hendak tangani mungkin hanya 20 hingga 30 peratus, bukan projek mega dan besar-besaran. Itu melampau.

“Keutamaan kita ialah menutup ladang yang tercemar dahulu. Soal kaedah pelaksanaan, kita akan tangani dan ikut nasihat Perdana Menteri kerana isu ini telah melangkaui realiti sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata perbincangan dengan pengusaha ternakan babi telah berlangsung sejak dua hingga tiga minggu lalu dan akan diteruskan bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara.

“Kita akan menyantuni mereka. Yang penting adalah adil dan melindungi kepentingan semua.

“Jika ada salah faham, kita jelaskan. Kalau ada yang kurang faham, kita tangguh atau batalkan dahulu sementara penerangan dibuat dengan lebih menyeluruh,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya projek pembangunan ladang babi di Bukit Tagar, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri perlu dibatalkan bagi mengambil perhatian terhadap keresahan dan kebimbangan penduduk di kawasan berkenaan.

Tegas Anwar, isu ladang babi yang menjadi kontroversi itu turut dibincangkan bersamaa Jemaah Menteri.

Terdahulu, penduduk lebih 200 penduduk di kawasan Felda Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Soeharto dan Gedangsa serta penempatan di Bestari Jaya mengadakan perhimpunan aman membantah pembinaan ladang babi moden di Bukit Tagar.

Rata-rata penduduk lebih mengharapkan fasiliti kesihatan termasuk hospital yang lebih baik berbanding pembinaan ladang babi.

Malah, bantahan turut ditunjukkan lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menentang sekeras-kerasnya sebarang ternakan ladang babi di negeri ini termasuk di Bukit Tagar dengan menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-1-2026 05:31 PM
Kampung cina ada


Quote akies 26-1-2026 06:42 PM
Tau pun akur dengan titah sultan selangor.
Hek
Quote Purestteam1 26-1-2026 07:56 PM
eh.. kan Sultan dh ckp buat kt kawasan berhampiran rmh yb...hahaha
Quote nisako 27-1-2026 07:44 AM
batal je lah dah le busuk
Quote matseh 27-1-2026 08:46 AM
TGk berita smlm. Ada residen tu komen
Tak cukup daging kita import daging lembu.
Tak cukup beras kita import beras.
Kalau tak cukup daging babi, kita tak boleh import ke?

Kena tanya menteri Food Security.
Quote missmarvolo 27-1-2026 08:59 AM
Pulau Indah kan ada.
Quote IzzahF 27-1-2026 09:18 AM
bole meninggal ke tak makan babi?
Quote blue_blur 27-1-2026 09:30 AM
matseh replied at 27-1-2026 08:46 AM
TGk berita smlm. Ada residen tu komen
Tak cukup daging kita import daging lembu.
Tak cukup beras kit ...

ni paling logik.... sebab untuk kegunaan minoriti, import je lah......
lagipun centralized farm tu sah sah bukan untuk tujuan export kan?

Quote bulan_gerhana 27-1-2026 10:03 AM

uiii jgannn.. pulau indah tu mmg melayu and org asli duduk weyy.. sebelah tu westport.. port klang.. pantai morib pun dekat je.. jgn jgn.. bior menteri food security pk mana nak import babies tu.. abih laut tercemar.. dah le kat pulau ketam tu cina2 hailam mmg bela ikan2 mahal dlm sangkar.. silap2 cina2 pun bantah.. sampai ke bagan hailam sana... knowing babies ni bahan kumbahan dia huhu.. buh le teknologi mana pun.. mesti mencemar juge..
Quote TTun_Teja 27-1-2026 10:05 AM
Istilah...
X ada penyakit...cari penyakit..
Nanti dpt penyakit...1 negara sakit...
Quote sharlenetexas 27-1-2026 10:10 AM
matseh replied at 27-1-2026 08:46 AM
TGk berita smlm. Ada residen tu komen
Tak cukup daging kita import daging lembu.
Tak cukup beras kit ...

Aku pun tengok jugak.
Kartel babi takde ke?
Kartel beras, daging, telur semua ada.
Matsabu gi lah melawat china untuk cari daging babi import. Tak payah buat kandang dalam negara.


Quote KamikuP 27-1-2026 11:39 AM
Buat le ladang babi kat Kg Baru Cina.. situ ramai pemakan babi tegar
Quote Decaffeinated 27-1-2026 11:55 AM
Tunggu nabi Isa turun lah baru habis babi kena bunuh.

Quote missmarvolo 27-1-2026 12:01 PM
bulan_gerhana replied at 27-1-2026 10:03 AM
uiii jgannn.. pulau indah tu mmg melayu and org asli duduk weyy.. sebelah tu westport.. port klang ...

ooo mcm tu. anyway, aku tetap rasa main peninsular ni tak sesuai.
Quote ultra78 27-1-2026 12:43 PM
Malaysia ni kecik aje. Penduduk pula duduk berselerak. Mana-mana tempat ada penduduk. Nak seragamkan satu negara berkenaan zoning pun susah sebab tanah di bawah bidang kuasa negeri. Mana ada orang nak tinggal sebelah ladang babi & reban ayam. Kalau Malaysia ni luas mcm australia boleh la letak buffer zone yang besar dari penempatan manusia
Quote seri_mawr 27-1-2026 02:28 PM
ada pulau yang ramai set makan ba alif ba ya ni duduk kan....? buat kat sana la....tp kang mengalir ke laut la pulak kan...deme bukan nya ya juga..hahha

impot je la mcm daging lembu ...kambing ...segala bagai...
ke selangor nak jadi pembekal babi terkemuka....ke seantero alam..hahhaha
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2026 02:56 PM
Taukeh-taukeh cina memang bagi makan taik babi dekat ternakan ikan keli. Sebab itu daging ikan keli manyak lumbut
Quote slavehunter 27-1-2026 04:20 PM
Weather climate kita tak sesuai nak bela babi skala besar besaran, boleh cause an outbreak.
Quote rykall 27-1-2026 07:29 PM
Perkara ni mudah saja. Buat kandang babi mega di penempatan bangsa pemakan babi. Habis masalah. Tapi pasti akan ada penentangan. Mereka mahu makan tapi tak nak bau busuk. Pasti akan datang akan ke penempatan Melayu juga. Selangor ni DAP memang berkuasa.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.117659 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top