CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak perlu mesej keluarga saya’ – Zarif Ghazzi ‘ditekan’ peminat obses

26-1-2026 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29012| Komen: 16


 



Pelakon Zarif Ghazzi pernah berdepan diganggu peminat obses sehingga sanggup menghantar mesej secara peribadi kepada ibunya.

Zarif, 22, berkata, setiap individu layak untuk meminati mana-mana selebriti kegemaran mereka namun tidak seharusnya melebihi batas yang sepatutnya.

“Untuk meminati seseorang itu tidak ada masalah dan saya sangat menghargai setiap kasih sayang serta usaha peminat. Cuma, kalau boleh, janganlah sampai ke tahap terlalu peribadi.

“Ada yang menghantar mesej kepada keluarga saya. Kalau boleh, tidak perlulah. Mereka tanya, ‘hai, assalamualaikum ibu, ini saya, saya meminati Zarif.’

“Saya juga terkejut, tak tahu bagaimana mereka dapat nombor ibu saya. Siap WhatsApp ibu saya,” katanya yang ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di sini, baru-baru ini.

Ujarnya, keluarga adalah individu yang sepatutnya berada dalam ruang selamat tanpa diganggu oleh pihak lain.

Dia menambah, isu tersebut juga berkait rapat dengan aspek keselamatan dirinya dan keluarga.

“Bagi saya, sebagai seorang pelakon, ini adalah pekerjaan. Tetapi apabila saya berehat dan tidak bekerja, saya mohon sangat agar peminat tidak sampai mengikuti ke rumah atau perkara peribadi lain.

“Setakat ini, alhamdulillah, peminat saya masih tidak tahu saya tinggal di mana. Kampung saya di mana pun mereka tidak tahu.

“Saya memang kurang selesa. Sebab bagi saya, saya masuk industri ini seorang diri. Keluarga saya tidak sepatutnya terlibat.

“Bagi saya, ini berkait dengan keselamatan. Itu dunia saya. Keluarga adalah perkara yang saya jaga daripada orang luar,” katanya lagi.

Justeru, Zarif menitipkan pesanan kepada peminat agar terus menyokong kerjayanya namun dalam masa sama menghormati batas privasi yang sepatutnya.

“Sebagai seorang pelakon, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang.

“Namun seperti saya katakan, lakonan adalah pekerjaan. Di luar itu, saya juga manusia biasa.

“Saya sangat mengharapkan agar peminat menghormati privasi saya. Saya melayan semua peminat dengan sama, sebagai peminat. Ada batas antara seorang pelakon dan peminat,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 26-1-2026 06:00 PM
Awek Gen Z memang tarak class dekk..  Kesian ko terpakse hadap sebab sebaye.
Quote pocongkiutss 26-1-2026 06:32 PM
Salah baca td..ingtkan diganggu peminat obes
Quote jihyomelly 26-1-2026 06:36 PM
skali baca ingat peminat obes..rupanya obses
Quote AWEKSAMURAI 26-1-2026 07:09 PM
Sapa. Plak mangkok ni
Quote pocongkiutss 26-1-2026 07:18 PM
AWEKSAMURAI replied at 26-1-2026 07:09 PM
Sapa. Plak mangkok ni


Yg adik tighi nasah aziz tu ke ..ih sori adik sebapa lain mak
Quote bintangct 26-1-2026 07:42 PM
iols suka tgk dia ni.. berlakon pon xkayu
masa drama khunsa pun best juga
Quote Lampuled 26-1-2026 07:47 PM
Rupa ada, bakat ada, character menarik boleh pergi jauh. Harap jgn tangkap cintan kawin awal dgn perempuan berusia sudah la. Sayang sbb potensi besar.
Quote imransulaiman 26-1-2026 10:22 PM
Dah kenapa mekap macam tu?
Quote hyie 27-1-2026 12:36 AM
heshe ke yang anak eizlan yusof tu ke? tapi heshe ni ada pakej lengkap, semoga tak jadi macam PB lah ye.
Quote af_mania 27-1-2026 06:40 AM
Pelakon lelaki yg meols suka setakat ni. Dh merampas takhta juara carta nadhir nasar dh jatuh no.2
Quote Kancilkering 27-1-2026 08:24 AM
kejap hensem kejap x
Quote lasagna 27-1-2026 09:13 AM
pocongkiutss: Salah baca td..ingtkan diganggu peminat obes


yerrrr iols pun sama, mcm OBES plak trbaca hahahaha!
Quote fifie_olin 27-1-2026 10:35 AM
alahai baya2 ank aku jew
Quote angin_menderu 27-1-2026 01:22 PM
Senang budak budak skrang mencuba nasib semua cari kat social media
Tapi kalau ya pun jangan lah kacau terus ws ibu dia. Ingat ibu dia berkenan ke nak buat menantu terus terjah gitu
Quote supernaturalee 27-1-2026 02:06 PM
herlok nihhhh

badan pun sedap ehhhh

tayang xpe sbb mmg lawa...ehhh


Quote tulip-rain-2 27-1-2026 02:22 PM
Bagus lakonan dia ni tak kayu. Setakat ni dia okay.
Relaks2 jelah dik jd pelakon.
Jgn jd penunggang agama sudah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058024 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top