CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negeri Sembilan mempunyai garis sesar kuno, risiko gempa bumi kecil

26-1-2026 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28711| Komen: 7

 


KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan secara geologinya tidak terletak dalam zon lingkaran api pasifik yang aktif, namun mempunyai beberapa garis sesar kuno yang boleh diaktifkan semula akibat pelepasan tenaga tektonik serantau.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) tidak boleh menolak kemungkinan boleh berlaku gempa bumi berskala kecil di kawasan sensitif sesar tersebut.

“Sekiranya berdasarkan rekod sejarah dan kajian seismik tektonik, kawasan yang dikenal pasti mungkin mempunyai risiko gempa bumi mikro atau berskala kecil di Negeri Sembilan kerana adalah kawasan yang berhampiran dengan sesar Kuala Pilah.

“Maka bagi menjawab persoalan mengenai risiko ini dalam masa yang akan datang, JMG tidak boleh menolak kemungkinan boleh berlaku gempa bumi berskala kecil di kawasan sensitif sesar tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung risiko gempa bumi di Negeri Sembilan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 26-1-2026 05:57 PM
Bayangkan mandi kat port deksen.tiba2 je rasa bergelombamg beso
Quote PULANGKAN 27-1-2026 12:51 AM
ada kaitan dengan gempa/ gegaran kecil dekat dengan johor tahun lepas tu ke? sebelah-menyebelah
Quote B40tastePosh 27-1-2026 01:13 AM
Warisan leluhur Pariaman dan Tanah Datar kah??
Quote nisako 27-1-2026 07:44 AM
adui ye ke ni
Quote alesandra 27-1-2026 09:04 AM
Kat mana pagi tadi aku dengar  kt radio ada kampung indon dah tersasar masuk sempadan Malaysia sbb gempa bumi? belah2 kalimantan ke?
Quote prince_marhaen 27-1-2026 09:56 AM
alesandra replied at 26-1-2026 03:04 PM
Kat mana pagi tadi aku dengar  kt radio ada kampung indon dah tersasar masuk sempadan Malaysia sbb g ...

Kalimantan, Bukan sebab tersasar, sebab pensempadanan semula, ukur semula...biasa yang duduk sempadan2 ada yang memang satu family, buat rumah, kampung semua ikut logik sempadan semulajadi macam sungai, bukit, kebun... jadinya pemetaan semula dah ukur, ada lah yang termasuk sempadan kita, kawasan Sabah, yang memang terpencil. Jadinya banyak la proses nak tentukan sebab libatkan kedaulatan 2-2 negara.
Quote prince_marhaen 27-1-2026 10:01 AM
539768004_1230628099098686_4478731824218422389_n.jpg

Kawasan ni & sekitar banjaran/gunung semua memang 'soft spot' sebab ada koyakan lama & sentiasa ada tekanan.
Sama seperti yang dekat Segamat, Muar, Asahan, Gemas, yang memang kawasan sempadan Gunung Ledang, antara gunung tertua semenanjung. Dan banyak kongsi 'mitos' pergerakan naga bawah tanah & banjir besar dulu2...dengar bunyi meriam & bom sejak dari zaman berzaman, itu kemungkinan bunyi geseran bumi dan lonjakan plat sesar.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.134011 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top