CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki dipukul gelandangan di medan selera meninggal dunia selepas 24 jam terima rawatan

27-1-2026 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16762| Komen: 11

 



Butterworth: Seorang lelaki meninggal dunia selepas lebih 24 jam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di hospital akibat dipukul seorang lelaki gelandangan di medan selera Kampung Jawa, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an dibawa ke Hospital Seberang Jaya kira-kira jam 2.48 pagi kelmarin selepas mengalami beberapa tulang rusuk patah akibat dipukul suspek.

"Bagaimanapun, mangsa yang juga gelandangan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam semalam ketika menerima rawatan di hospital.

"Bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian adalah penyakit jantung koronari. Mangsa turut disahkan mengalami patah tulang rusuk di bahagian kiri," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki gelandangan berusia dalam lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

"Hasil pemeriksaan mendapati suspek lelaki didapati positif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 27-1-2026 11:10 AM
Ni kalau anjing yg buat..mesti kecoh semua anjing nk kena bunuh sbb jahat .. kohkohkohhhh
Quote TeropongThaico 27-1-2026 11:17 AM
Ler ingatkan berita lama. Ni gaduh sbb berebut tempat juga ke sbb lain
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2026 11:41 AM
Fikir yang ni tapi bukan

[fbp]https://fb.watch/ETXjfC6wM4/?fs=e[/fbp]

https://fb.watch/ETXjfC6wM4/?fs=e
Quote shamsadis 27-1-2026 11:47 AM
"Hasil pemeriksaan mendapati suspek lelaki didapati positif dadah.
Quote Decaffeinated 27-1-2026 12:18 PM
"Bagaimanapun, mangsa yang juga gelandangan..."

baru nak tanya apa acik umur 60 tahun buat merayau pagi2 buta .
Quote silance 27-1-2026 01:26 PM
Biasanya orang berbunuhan sebab berebut harta, busines rival.... Ni gelandangan hidup carefree lifestyle pun nak berbunoh jugak. Patutnya dah stress-free lepas makan boleh lepak-lepak main gitar. Esok sama-sama cari kotak botol jual recycle.
Quote Purestteam1 27-1-2026 03:30 PM
rebut kawasan kot
Quote prince_marhaen 27-1-2026 04:25 PM
berebut alas kotak nak tido ke....
Quote ragazza 27-1-2026 05:32 PM
lepas ni tak jadi gelandangan sbb tido kat lokap
Quote ZORRO5555 27-1-2026 05:42 PM
Seram....
Quote bottombikini 27-1-2026 05:57 PM
pasni dia upgrade la
takyah pikir dah nak makan apa, tido kat mana, pakai baju apa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.147936 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top