CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick mohon maaf atas keterlanjuran memberi komen - "Saya mohon ampun dan maaf"

27-1-2026 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16816| Komen: 26

 



Enggan terus keruhkan keadaan dan menimbulkan spekulasi lain, pelakon Janna Nick memohon maaf atas keterlanjurannya dalam memberi sebarang komen mengenai apa sahaja isu di media sosial sebagaimana berlaku baru-baru ini.

Terdahulu, hantaran dimuatnaik Janna, 31, dalam perkongsian di Threads yang dakwanya bersikap neutral bagaimanapun mencetuskan spekulasi hangat dengan pelakon remaja, Puteri Balqis atau Aqish, 18.

Pun begitu, menerusi hantaran terbaharu dimuatnaik Janna di Threads, pelakon drama My Coffee Prince memaklumkan dia tidak akan lagi mengeluarkan sebarang komen yang boleh melukakan hati mana-mana pihak.

"Saya mohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan semua. Insya-Allah saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.

"Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa atau terleka, tegur dan marahlah saya. Saya bersyukur atas segala teguran.

"Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan baik pada masa akan datang," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Rata-rata netizen menyambut baik tindakan positif dilakukan Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner itu yang disifatkan begitu berani serta bertanggungjawab walaupun tidak bersalah.

"Awak tak salah Janna, apa awak cakap itu betul.. tapi orang salah erti maksud awak," komen seorang warganet.

"Tapi apa yang aku baca tak ada salah pun... Janna beritahu pasal dendam saja," kata pengguna media sosial.

"It's ok Janna. Proud of you (Bangga dengan awak sebab berani tampil minta maaf. People make mistakes sis (Setiap orang ada buat salah)," tulis netizen.

"Sebenarnya okay saja awak..tak ada salah pun apa awak cakap awal-awal tu..tapi biasalah," ujar seorang wargamaya.

Baru-baru ini, Janna menjadi topik bualan hangat selepas didakwa cuba campur tangan dalam isu 'panas,' antara Puteri Balqis dan pelakon, Mia Sara Nasuha pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Puteri Balqis didapati mendedahkan perkara lain seperti mendakwa Janna juga pernah memberi layanan tidak acuh terhadapnya ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

Rentetan itu, Janna tidak berdiam diri dengan mengeluarkan kenyataan mengajak Puteri Balqis bersemuka dengannya secara online (atas talian) kerana dia ketika ini tiada di Malaysia dan menetap di luar negara untuk menyelesaikan permasalahan antara mereka itu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 27-1-2026 11:27 AM
Perghh makin naik sheikh la MF wannabe ni..pelakon senior melutut kat ko minta maaf kan
Quote sukanyanyi 27-1-2026 11:40 AM
L.U.S.M replied at 27-1-2026 11:27 AM
Perghh makin naik sheikh la MF wannabe ni..pelakon senior melutut kat ko minta maaf kan

Meols rase janah minta maaf pun utk peace of mind dia. Sbb dia nk kembali aman2 kat londong tu cuba buat anak. Kalo tinggalkan mesia sambil ade budak bringus tak pueh ati ngn sheols, sheols gak yg rase tak sedap ati. Smoga berkat janah rendahkan ego minta mahap tu dia dikurniakan anak. Aamiin.

To pb, kite tgk engko nk mengepak brape lama dlm industri. Buat pangai mase remaja ok fine kite anggap a rebellious phase. Buat kuajo bila dh mumaiyiz cukup akal sok2, semoga kena gam dari industri.
Quote L.U.S.M 27-1-2026 11:42 AM
sukanyanyi replied at 27-1-2026 11:40 AM
Meols rase janah minta maaf pun utk peace of mind dia. Sbb dia nk kembali aman2 kat londong tu cub ...

Yeah mmg pun..aku tahu je bab tu
Sebab JN tgh bahagia dgn dinie..
And dinie tu la mungkin yg buat dia jadi malas nk bergaduh...

PB ni muka dgn attitude selari..level pprt
Quote sukanyanyi 27-1-2026 11:48 AM
L.U.S.M replied at 27-1-2026 11:42 AM
Yeah mmg pun..aku tahu je bab tu
Sebab JN tgh bahagia dgn dinie..
And dinie tu la mungkin yg buat  ...

Meols ok je dia nk buat imej sultry ke nk prasan meganfox tu..tp bila dia menjawab kuajo ngn retis senior, meols mmg bengang. Sbb tringat ade seko excolleague muda ni, meols tego sikit je, tp dia punya menjawab, .... speechless. Nk salahkan gen pon tak sume org dari gen tu mcmtu. Its just that some budaks mmg hanats. Nauzubillah.
Quote prince_marhaen 27-1-2026 11:53 AM
Tak pasal2 apek mike pun terlibat sekali...hahahahahaha erma patimah je la nanti yg amik PB berlakon.. producer & director lain mesti tak kuasa layan drama puisi pprt
Quote rospinki 27-1-2026 11:54 AM
vibe budak tu rempit
buang masa ko judge dia janah oii
Quote AWEKSAMURAI 27-1-2026 12:01 PM
Habis lah janna .. viter ni dia kaan ungkit balik 3 tahun lagi time. Dh sendu .. dia akan buta cmne dia gaduh dgn MS dulu .. dlu MS pun dh bermaafan dgn dia.. tp skrg dia ungkit balik secara tiberrrr...
Quote adeqbun 27-1-2026 12:08 PM
bahaya budak PB ni ye..btol la mcm janna ckp,berdendam tu xelok..btol dh tu sgt2 jannah
Quote boudinniA 27-1-2026 12:10 PM
2×5 je dua orang ni.
Quote L.U.S.M 27-1-2026 12:13 PM
Edited by L.U.S.M at 27-1-2026 12:15 PM
sukanyanyi replied at 27-1-2026 11:48 AM
Meols ok je dia nk buat imej sultry ke nk prasan meganfox tu..tp bila dia menjawab kuajo ngn retis ...


Yes ni bkn gen z prob..
ni attitude n mentality b40 prob yg jakun dpt attention sebab terpaling acah muka herlok walhal renovate je byk..tu pun masih pprt jgk sbnrnya klu xmekap

Part dia play victim siap saiko tu plg xblh blah..biadap mcm si JN tu maki dia..pdhl xde sebut nama pun..

Klu aku jadi JN aku xminta maaf pun..aku buat bodoh dgn show off food n happiness je...

At least aku mmg dh kat kota London kotttt...si aqish tu jejah UK pun xpernah..setakat mimic slang je la mampu

Oh ye..lg satu JN ni mrsm ye..aqish belajar dulu kat mana?lorong hj taib keepatuf mulut kuangjo..
Quote sukanyanyi 27-1-2026 12:20 PM
L.U.S.M replied at 27-1-2026 12:13 PM
Yes ni bkn gen z prob..
ni attitude n mentality b40 prob yg jakun dpt attention sebab terpaling ac ...

Tak dapat nak membantu dah dak camni.. lg jawab, lg dia lawan blk.. meols geleng kepala je tgk wujudnya retis muda mcmni. Akak2 produser drama ponnn mcm takot ngn dia sampai nak ngampu. Meluat. Bg meols, ape pon dak mia tu ngumpat dia dulu2, dia ni tak perlu sampai spill benda yg jauh lg teruk, pasal aib budak tu sume tu. So dia ni dh kira 2x5 je, no better drpd org yg dia anti tu.
Quote L.U.S.M 27-1-2026 12:28 PM
sukanyanyi replied at 27-1-2026 12:20 PM
Tak dapat nak membantu dah dak camni.. lg jawab, lg dia lawan blk.. meols geleng kepala je tgk wuj ...

Dia londeh si mia tu xclassy langsung..
Xpki army
Xpki fake account
Londeh gitu je mcm minah rempit yg bergocoh kat pasar khadijah kelate tu..hahaha

Dia seriously patut disaman n nanti keluar la watak inesen insan xberdaya tu...

Hahahaha
Quote ragazza 27-1-2026 12:45 PM
Terigt pinjamal dulu suka rebel2 ... tu mengaku poet family jugak kan
vibes pb macam sama nekuji
Quote awenda507 27-1-2026 12:56 PM
Lain kali buat hal sendiri je JN
Quote talapia 27-1-2026 01:11 PM
good janna..
takyahla nak turun selevel dengan budak hingusan mcm tu..
so pprt ye bercakap.. walaupon english brits accent ke apa..
tetap terserlah ke pprt an nya

dah dia dibesarkan oleh ibu yg gitu..
what do you expect.
bak kata MS.. tak semua orang dibekalkan dengan ilmu agama dalam keluarga..

Lebih baikla Janna gi happy2 gedik2 ngan si Dini tu.. at least tu mmg laki kau..
Janna ni ramai org tak suka maybe sbb dia loud.
Dulu masa kes dia kata Fazz 'perempuan gila' ..
dia tak specifically mentioned perempuan gila tu Fazz..
dia dia sebut as in context orang dah bercerai..
ex dilabel pompuan gila. bukan hanya Fazz.. kira umum la.. ex akan gelar kau mcm2
Quote annehuda 27-1-2026 01:14 PM
L.U.S.M replied at 27-1-2026 12:13 PM
Yes ni bkn gen z prob..
ni attitude n mentality b40 prob yg jakun dpt attention sebab terpaling ac ...


PB ni takde passport kan? Ntah2 hadyai pun tak penah jejak lg tu tp speaking london slang slang tu tak leh blah tu
Quote MissDiane 27-1-2026 01:21 PM
Hopefully JN ni tak payah sibuk nak bagi komen lagi pasal retis lain pasni. Kau buat hal sendiri je aman2 buat anak kat Londong tu demi kesihatan mental tu.

Sebenarnya ramai je tahu industri seni ni banyak kes hitam tapi pandai2 lah kome simpan jangan bubuh pasir dalam periuk nasi masing2 ahhh gitewww
Quote supernaturalee 27-1-2026 02:08 PM
MissDiane replied at 27-1-2026 01:21 PM
Hopefully JN ni tak payah sibuk nak bagi komen lagi pasal retis lain pasni. Kau buat hal sendiri je  ...

kannn

YTJT sudehhh

biar acik2 porem je yg bergosip psl kome2





Quote tumpanglalu74 27-1-2026 02:36 PM
Ko henjoi dok kat Europe tu udah le dekk..  

Aku saje nak ajor Gen Z je.  RRRRRRAMMMMMAAAAAAIIIIII yang biadappp.

Korang pegang kata2 aku ni..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061659 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top