CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Kerana kesunyian anak perempuan tinggal jauh diluar negara, wanita ini nekad lahirkan bayi pada usia 59 tahun

27-1-2026 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22069| Komen: 9

 



Shanghai: Disebabkan kesepian kerana anak perempuan tinggal di luar negara, seorang wanita berusia 59 tahun nekad mengandung dan kini melahirkan seorang bayi lelaki, lapor South China Morning Post.

Bayi itu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean pada 9 Januari di Hospital No 1 Rakyat Zhangjiagang, Jiangsu timur, dengan berat 2.2 kilogram (kg).

Menurut media tempatan, ibu bayi, Zou, mencatat rekod sebagai wanita hamil tertua di bandar berkenaan.

"Melihat bayi dan mendengar tangisnya, saya sangat teruja. Saya tidak menyangka impian saya akan menjadi kenyataan," kata Zou.

Zou, yang sudah mempunyai seorang anak perempuan dewasa, mula terfikir untuk mempunyai seorang lagi anak dua tahun lalu kerana dia dan suaminya sering berasa kesepian.

Selepas membuat keputusan itu, dia mula menyesuaikan kesihatannya untuk bersedia menghadapi kehamilan.

Difahamkan, Zou mengandung hasil daripada teknologi persenyawaan in vitro (IVF) tahun lalu.

Semasa pemeriksaan kandungan, doktor menyediakan pelan pengurusan kesihatan menyeluruh kerana usia Zou yang lanjut.

Pakar obstetrik kanan di hospital itu, Dr Guo Huiping berkata, kerana usia Zou yang lanjut, risiko komplikasi kehamilan dan abnormaliti janin meningkat dengan ketara.

"Sepanjang kehamilan, Zou menghadapi cabaran besar termasuk tekanan darah yang tidak stabil, masalah albumin, asid urik, buah pinggang dan kaki yang bengkak," katanya.

Dalam pada itu, doktor menjalankan pembedahan Caesarean ketika usia kandungan wanita itu adalah 33 minggu dan lima hari.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 27-1-2026 11:54 AM
tahniah sis.... selamat jaga baby diusia senja... meols kalo sunyi anak2 tido rumah adik ke opah ke meols gentel kucing je... jaga kucing pun mcm jaga ank kecik.... penat nak jerit...bulannnnn turunnnnn...bulan...jangan gigit pokok mak... bulan jangan korek sampah....yih
Quote talapia 27-1-2026 12:10 PM
kesian dia sunyi.. tapi tak terfikir kah dia nanti bila dorang laki bini dah takde.. anak tu pulak akan sunyi.. huhu.. lagi pulak di usia masih kecil. harap kebajikan anak tu terjaga...
Quote Decaffeinated 27-1-2026 12:38 PM
talapia replied at 27-1-2026 12:10 PM
kesian dia sunyi.. tapi tak terfikir kah dia nanti bila dorang laki bini dah takde.. anak tu pulak a ...

di China ramai orang kaya. Aku rasa ini pasangan have2 juga ni.


Quote midori888 27-1-2026 12:46 PM
ada laki pun sunyi....
Quote talapia 27-1-2026 12:55 PM
Decaffeinated replied at 27-1-2026 12:38 PM
di China ramai orang kaya. Aku rasa ini pasangan have2 juga ni.

mampu buat IVF .. have2 la tu kot..
anak pompuan pon duduk luar negara..
sekarang umurnya 59..
bukan isu duit la.. klau tak.. dah nak pencen baru dpt anak. nanti anak nak sekolah mak pak dah tak keje..
tapi isu umur..
anak sekolah rendah parents dah usia 70an..
chances utk anak dia yatim piatu di alam persekolahan tinggi..
duduk dengan maid ajela .. orang2 yg parents dia dah trust..
maca drama pendek tiktok.. hehe
Quote zuuu 27-1-2026 12:57 PM
kikuri replied at 27-1-2026 11:54 AM
tahniah sis.... selamat jaga baby diusia senja... meols kalo sunyi anak2 tido rumah adik ke opah ke  ...

Aq pon baru nk komen benda yg sama,bela sekor kucing pon cukuplah ada je kerenah dia confirm ko dh x sunyi lagi,tapi tulah makcik ni pon dh beranak nk bagi idea pon dh terlambat,harap anak sulung tu x terkejutlah dapat adik baru di usia dewasa
Quote ninja boy 27-1-2026 01:07 PM
Dalam kubur sorang2 jugak taw
Quote Skuau 27-1-2026 01:43 PM
ninja boy replied at 27-1-2026 01:07 PM
Dalam kubur sorang2 jugak taw

ada jer 'orang' sebelah mennyebelah tu...cuma...'tak nampak jer'......
Quote ZORRO5555 27-1-2026 05:46 PM
2.2 Kg...ermm

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.032269 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top