|
Pempengaruh media sosial, Boss James mengakui dia kini berkawan rapat dengan pengacara dan pelakon Hawa Rizwana.
Memetik mStar Online, James menyifatkan Hawa memiliki rupa paras yang cantik, baik serta lemah lembut. Menurut James lagi, dia dan Hawa baru sebulan dalam tempoh perkenalan serta mengatakan pengacara Meletop itu seorang yang menghormati ibu bapa. “Buat masa sekarang ini saya dengan Hawa hanya kawan saja, belum ada yang istimewa lagi antara kami sebab masih baru hanya sebulan saja tempoh perkenalan kami. “Masa mula-mula jumpa Hawa saya tak sangka sebab dia sangat cantik dan baik orangnya malah lembut saja, lebih buatkan saya okay sebab dia rapat dengan keluarga dan jaga dengan baik,” katanya. Dalam pada itu, Jame berkata dia sedia untuk berhijrah seandainya bertemu jodoh dengan Hawa serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik. “Boleh je, kalau dah sayang apa boleh buat. Tolong dokan yang terbaik untuk kami, jodoh ni susah nak jangka. Kalau ada Alhamdulillah, kalau tak ada pun tak boleh buat apa. Doakan yang baik-baik,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|
prince_marhaen replied at 27-1-2026 11:48 AM
Buat live pun bergesel2 bahu....takkan la tengok saja kannnn... hahaha.. not so naive pun si awa ni. ...

KamikuP replied at 27-1-2026 12:04 PM
BJ ni macam ambik kesempatan jahh... anyhoo sapo dia ni?
ADVERTISEMENT