CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah runtuh di Bandung Barat: 23 tentera tertimbus, 4 ditemukan maut

27-1-2026 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30697| Komen: 0

 



Bandung: Sebanyak 23 anggota Marin Indonesia tertimbus akibat tanah runtuh di kawasan Cisarua, Bandung Barat, Jawa Barat, lapor Jakarta Globe.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Staf Tentera Laut Indonesia, Muhammad Ali.

Muhammad Ali berkata, empat anggota Marin ditemukan meninggal dunia, manakala 19 lagi masih hilang.

Beliau memaklumkan, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi anggota yang hilang itu.

"Anggota Marin berkenaan dikerahkan ke Cisarua untuk menjalani latihan sebelum tugasan di sempadan Papua–Papua New Guinea.

"Kawasan itu mengalami hujan lebat hampir dua malam berturut-turut sebelum tanah runtuh berlaku yang dipercayai mencetuskan tanah runtuh yang menimpa sebuah kampung berhampiran tempat anggota marin menjalani latihan.

"Berlaku hujan lebat hampir dua malam. Itu mungkin menyebabkan tanah runtuh yang kebetulan menimpa sebuah kampung di mana anggota kami sedang menjalani latihan," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan penggunaan dron, sensor haba dan unit anjing pengesan kerana jentera berat masih belum dapat memasuki lokasi akibat cuaca buruk serta jalan masuk yang sempit.

"Jentera berat masih belum boleh masuk ke kawasan itu kerana cuaca dan akses jalan yang terhad. Buat masa ini, kami menjalankan pencarian menggunakan dron, sensor herba dan anjing pengesan," katanya.

Terkini, angka korban akibat kejadian tanah runtuh meningkat kepada 34 orang sehingga malam tadi, ketika pasukan penyelamat Indonesia mempergiat usaha mencari puluhan lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah lumpur tebal dan runtuhan.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Bandung, Ade Dian Permana, pada sidang media berkata, sembilan mayat lagi ditemukan setakat 5 petang waktu tempatan semalam.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.025744 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top