CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa empat anak didenda RM1,500 curi susu, sabun

27-1-2026 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15655| Komen: 6

 



MELAKA – Seorang bapa empat anak didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri susu tepung, syampu dan sabun pencuci dari sebuah pusat beli-belah minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Ghazali Maidin, 46, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah mencuri dua pek susu tepung Nestle Everyday 1.7 kilogram(kg), dua botol syampu Sunsilk (625 mililiter) dan sebotol pencuci pakaian Top (3.6 kg) bernilai RM131.50 milik Aeon Co (M) Bhd.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di pusat beli-belah Aeon Ayer Keroh pada 21 Januari lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu agar hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan dia menanggung empat orang anak dan melakukan kesalahan itu kerana desakan hidup.

Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif hanya memohon hukuman setimpal dikenakan.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau sebulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. 


Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 27-1-2026 05:41 PM
Sad....
Quote silance 27-1-2026 05:47 PM
Ari tu, miangma celaka niaga document palsu + niaga orang 16 kesalahan panjara conbined semua sekali setahun - purata 21 ari je satu kesalahan.
Quote kemaruk 27-1-2026 10:16 PM
bergenang pulak air mata bangkem tengok barang yang dicuri

Quote plywood 27-1-2026 10:45 PM
susah jg orang yang tak ada duit nak bli barang keperluan... ada kerja tp gaji tak bagi tau mcm mana... adakah dia jg anak berderet... knp tak minta bos dulu sedikit, pinjam kawan.. susah sgt suruh jerlah bini tu masuk news, cerita kesusahan...
Quote kotakbaju 27-1-2026 11:32 PM
Barang yg dicuri tu barang keperluan isi rumah. Susu tepung mungkin utk anak2, syampu sunsilk utk kegunaan anak bini, sabun pakaian Top utk membasuh pakaian seisi keluarga. Nilai baru rm131.50. Kadang2 perlu wujudnya nilai ehsan dan budi bicara oleh pihak pengurusan pasaraya.
Quote B40tastePosh 28-1-2026 01:30 AM
Kenapa tak rompak Mydin je???

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.138196 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top