CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Puteri Balqis genius, matang macam individu usia 30 tahun’ - Aiman Hakim Ridza

27-1-2026 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14994| Komen: 27

 



Enggan masuk campur kontroversi menimpa pelakon muda Puteri Balqis, pelakon Aiman Hakim Ridza bagaimanapun menyifatkan gadis itu sebagai figura luar biasa dengan tahap kematangan serta kebijaksanaan jauh mendahului usia sebenar.

Ujar Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 37, dia kagum melihat pembawaan diri Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish itu yang jauh lebih dewasa berbanding rakan seusia.

“Sejujurnya, dia seorang kanak-kanak sangat bijak. Saya benar-benar bangga dengannya. Walaupun saya tahu latar hidupnya bukan mudah, namun kejayaannya hari ini sesuatu luar biasa.

“Bagi saya, Aqish seorang genius untuk umur sebegitu. Bukan sahaja daripada sudut lakonan, bahkan sikap peribadi juga sangat menjaga adab serta menghormati orang sekeliling.

“Cara dia berbual pun matang, sampai kita rasa seperti bercakap dengan individu berusia 30 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah bintang drama Bad Cop itu, tahap komitmen ditunjukkan Aqish di lokasi penggambaran ketika bergandingan dengannya dalam drama Sebelum Titik Nokhtah sebelum ini adalah sesuatu yang jarang terlihat dalam kalangan pelakon remaja.

“Tak ramai mampu beri komitmen seperti itu. Kalau saya seusia dia dahulu, saya rasa belum tentu boleh setenang dan sematang itu.

“Dia sangat profesional dan perkara sebegini wajar kita banggakan,” ujarnya ketika ditemui di set penggambaran drama Flat Simpang Satu, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul Flat Simpang Satu dengan memegang watak Farook, seorang pekerja di pusat pemprosesan ayam.

Menurutnya, karakter itu menjadi usaha untuk keluar daripada bayangan watak lelaki kaya atau ‘putera’ sering dikaitkan dengannya sebelum ini.

“Saya mahu lari daripada stereotaip tersebut. Farook digambarkan sebagai lelaki biasa, bekerja keras dan menyimpan rahsia daripada isterinya sehingga mencetuskan konflik rumah tangga.

“Sebagai pelakon, saya perlu berani mencuba watak luar zon selesa. Kalau diberi peluang selepas ini, saya teringin bawa karakter dalam naskhah sains fiksyen. Mungkin jadi angkasawan pula,” kongsinya.

Selain Aiman, naskhah tersebut juga turut dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Nadiya Nissa dan Kila Fairy 

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angin_menderu 27-1-2026 06:07 PM
Apa yang matang tah duk merentan bukak aib orang sana sini pastu mencarut siap b*to kan orang lagi. itu ke hormat????
Quote Perawankota 27-1-2026 06:09 PM
Matang ke? Ke saja ckp sebab malas nak carik gaduh dengan orang mcmtu?
Quote ragazza 27-1-2026 06:10 PM
Tekya mesti tak puashati sebab aiman tak permah puji dia open2 camni
Quote annehuda 27-1-2026 06:19 PM
Apsal ayat dia ni mcm memerli si PB je? Tang kalau dia sama umur mcm PB ni pun dia tak tentu boleh setenang dan sematang PB ni hahahah
Quote kaseh80 27-1-2026 06:19 PM
Pundeksssssssss
Quote alesandra 27-1-2026 06:33 PM
bab genius  tu melampau betul.aku x selalu tgk drama dak pb ni berlakon.last time aku tgk pun keluarga itu kejap2 pun aku rasa lakonan biasa je.teruk sgt ke tahap lakonan kat msia ni sampai level lakonan mcm tu dikatakan genius
Quote tasha 27-1-2026 06:38 PM
alesandra replied at 27-1-2026 06:33 PM
bab genius  tu melampau betul.aku x selalu tgk drama dak pb ni berlakon.last time aku tgk pun keluar ...

Belakon pun over itu yg dikatakan genius
Quote alesandra 27-1-2026 06:41 PM
Edited by alesandra at 27-1-2026 06:47 PM
tasha replied at 27-1-2026 06:38 PM
Belakon pun over itu yg dikatakan genius

bersetuju gak baca komen acik porem  yg lakonan dia over  acik ogy-ish
Quote tumpanglalu74 27-1-2026 07:03 PM
Haha!  RIP wifey..
Quote patchipink 27-1-2026 07:06 PM
celah maner megenpoks nyer pown tak tahu
Quote Lemon-21 27-1-2026 07:08 PM
Makin ramai artis puji2 pb. Lagi naik tocanglah dia. Macam ni aiman boleh kata dia bijak, matang, beradab, genius
Aiman ni bangga bebenor dgn pb, apa kejayaan luar biasa si pb ni?
Quote red_velvet 27-1-2026 07:21 PM
Peebee mesti dah tulis nama aiman dekat buku 555 hari ni dalam "Senarai Artis Yang Memahami Penderitaan Poen Family"
Quote pocongkiutss 27-1-2026 07:29 PM
Kejayaan?
Quote azwanaliori 27-1-2026 07:34 PM
Genius celah mana siyel
Quote seibei 27-1-2026 07:42 PM
annehuda replied at 27-1-2026 06:19 PM
Apsal ayat dia ni mcm memerli si PB je? Tang kalau dia sama umur mcm PB ni pun dia tak tentu boleh s ...

i pun rasa dia memerli.. dabel meaning. xmgkn aiman sebengap gitu dlm memahami manusia. tp, apsal dia tetiba nk involve kan diri..kena lahar ngn pb kang.
Quote annehuda 27-1-2026 08:16 PM
seibei replied at 27-1-2026 07:42 PM
i pun rasa dia memerli.. dabel meaning. xmgkn aiman sebengap gitu dlm memahami manusia. tp, apsal  ...

Sebab reputs tanya kot. Satgi dia cakap no komen nnt merempan lagi keluarga poen tu
Quote Lily_Elizabeth_ 27-1-2026 08:53 PM
tumpanglalu74 replied at 27-1-2026 07:03 PM
Haha!  RIP wifey..

Mean pada isteri dia ke?.

Ha ah kan, takut lak kena kutuk wife dia.
Zahirah lawa tu.
Quote caprisonne 27-1-2026 09:09 PM
Menyampah pulak aku.. Kena ke sorang2 artis puji si PB ni? Genius? Okla talented tapi rempit sgt. Muka mahal? Nopes. It's just thanks to makeup and that forever contact lens wearing.
Quote asfaz 27-1-2026 09:34 PM
Genius lagi arwah bad latiff. dapat anugerah luar lagi.
PB? Penganti wan mainunah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034126 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top